I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 14, 2011

KARNIVAL JELAJAH GeMS SIRI 8 : DAERAH KUALA LANGAT


Karnival Jelajah GeMS Siri 8 kini menemui anda di Daerah Kuala Langat pada 18 Jun 2011 bertempat di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat.

Pelbagai acara menarik disediakan untuk pengunjung yang hadir. Antaranya Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta, sesi "Walk-In Interview" Jom Kerja, pertandingan bola sepak pantai dan bola jaring, konvoi dan pertandingan motosikal tercantik oleh peserta motosikal berkuasa tinggi dan klasik, Forum Bicara Remaja, OPKIM Mahasiswa Kolej INPENS seperti khidmat servis motosikal percuma, spa untuk wanita dan pelbagai lagi..

Selain itu, akan diadakan Sembang Santai dan Konsert GeMS, menampilkan panel seperti YB Dr Ahmad Yunus Hairi (ADUN Sijangkang) dan Sham Kamikaze yang telah berhijrah daripada dunia hiburan untuk berkongsi dengan remaja. Tidak lupa juga, persembahan artis pujaan remaja iaitu Shahir AF8 yang akan membuat persembahan dengan mesej yang baik untuk semua.

Oleh itu, JOM DATANG BERAMAI-RAMAI...Kita kasi GEGAR Pantai Morib V(^_^)**

Tuesday, May 31, 2011

PERPUSTAKAAN KOMUNITI DIBUKA BERSEBELAHAN PUSAT SEHENTI GEMS SERI PERANTAU

Pelabuhan Klang - Sebuah lagi perpustakaan komuniti telah dibuka bersebelahan projek perintis Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Selangor iaitu Pusat Sehenti Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang beroperasi sebagai pusat aduan masalah sosial setempat.

Selain itu, ia berfungsi sebagai pusat penerangan kerajaan negeri dan rujukan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Pengajian IPT RM 1,000.00 (HPIPT) dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Ia bertitik tolak daripada idea YB Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuwan, Hub Pendidikan.

Pembukaan Perpustakaan Komuniti Seri Perantau bertujuan mewujudkan suasana ilmu di kalangan penduduk Pangsapuri Seri Perantau terutama kanak-kanak dan remaja, membolehkan mereka membuat rujukan dan percambahan pengetahuan dalam pelbagai cabang ilmu.

Kepentingan ilmu diambil cakna oleh YB Dr Halimah Ali untuk melahirkan seramai mungkin rakyat Selangor yang berpengetahuan melalui pembukaan perpustakaan komuniti ini.

Majlis perasmian Perpustakaan Komuniti Seri Perantau yang dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali petang semalam turut dihadiri Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Puan Hajjah Mastura binti Mohammad.

Antara kemudahan yang terdapat di perpustakaan komuniti ini selain bahan bacaan ialah internet tanpa wayar (wifi), set komputer, bilik bacaan dan aktiviti kanak-kanak serta set kerusi meja berbumbung di luar perpustakaan tersebut menjadikan perpustakaan sebagai tempat yang santai untuk menarik remaja dan belia sesuai dengan tema Perpustakaan adalah Rumah Keduaku.



Wednesday, May 18, 2011

KARNIVAL GeMS MENCIPTA SEJARAH KARNIVAL TERBESAR DI SABAK BERNAM, KONSERT GeMS MERIAH

Meriah dan santai. Begitulah yang dapat digambarkan kepada acara Konsert dan Sembang Santai Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar, Sabak Bernam pada malam terakhir Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor Siri 7 : Daerah Sabak Bernam yang berlangsung baru-baru ini.

Konsert dan sembang santai diserikan dengan kehadiran Shahir AF, Akil Hayy, Dakmie serta peserta Raja Lawak 5 seperti kumpulan R2, Nazmi dan Black. Konsert dan sembang santai dikendalikan oleh motivator remaja, Akhwan Afandi. Kelainan konsert ini ialah dengan menampilkan mesej kepada remaja berkenaan isu gejala sosial seperti rempit, pergaulan bebas, penagihan dadah dan sebagainya.

Kebanyakan penonton yang dianggarkan lima ribu orang di sekitar Sabak Bernam yang hadir pada malam itu sangat berpuas hati kerana bukan sahaja dapat melihat artis pujaan mereka secara dekat malah artis tersebut juga memberi nasihat mengenai kehidupan remaja seharian. Antaranya contoh konsep kasih sayang yang sebenar iaitu kasih sayang kepada Allah S.W.T sebagai pencipta. Penutupnya, kelainan ditampilkan iaitu Akhwan Afandi bersama Akil Hayy mengepalai munajat dan doa beramai-ramai supaya Allah SWT melindungi negeri Selangor daripada bala bencana dan kerosakan akhlak anak muda dan zikir taubat.

Malalui Karnival Jelajah GeMS ini juga, satu slot penting yang diselitkan bersama iaitu Majlis Dialog GeMS yang diadakan antara YB Dr. Hajjah Halimah Ali, selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor bersama Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial peringkat Daerah Sabak Bernam yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam sebagai tuan rumah. Sesi dialog ini disertai penghulu dan ahli JKKK serta wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pejabat Kesihatan Daerah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah dan Lembaga Zakat Selangor.

Majlis dialog ini bertujuan berkongsi input-input mengenai gejala sosial terkini yang berlaku di daerah Sabak Bernam serta cara menangani masalah tersebut secara menyeluruh dan bersepadu antara agensi kerajaan dengan pimpinan masyarakat. Pelbagai perkara dapat dikongsi bersama antara pimpinan masyarakat setempat, agensi kerajaan dan kepada pimpinan tinggi Kerajaan Negeri Selangor.

Selain itu, Forum GeMS juga telah diadakan pada malam sebelumnya dengan kehadiran panel Ustaz Zamri (Mari Mengaji), Ustaz Syukri (Halaqah) dan juga Kamal Affendi (Penganalisis Jenayah) yang dipengerusikan oleh Ustaz Sallehin Muhyi. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan hasrat menjadikan Selangor sebagai Negeri Idaman yang bebas gejala sosial dan perkara-perkara negatif di kalangan remaja dan belia pewaris masa depan negara.

Kehadiran peserta yang dianggarkan hampir dua ribu orang yang terdiri daripada ibu bapa dan remaja telah mendapat input yang berguna untuk ibu bapa dan remaja dalam menghadapi masalah identiti, sosial dan juga jatidiri.

Peserta cilik Pertandingan Bercerita Generasi Idaman Selangor mempersembahkan cerita dengan penuh bergaya.

YB Dr Halimah Ali menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Motosikal Tercantik dalam Konvoi Jelajah GeMS Sabak Bernam.

YB Dr Halimah Ali bersama Pegawai Daerah dan Orang Besar Daerah Sabak Bernam meninjau motosikal klasik selepas Majlis Perasmian Karnival GeMS.

YB Dr Halimah Ali bergambar bersama penuntut Kolej INPENS Kuala Selangor yang menyertai OPKIM INPENS di Karnival Jelajah GeMS Sabak Bernam.

YB Dr Halimah Ali melawat 'booth' OPKIM Kolej INPENS yang menawarkan khidmat rawatan muka secara percuma yang dilakukan sendiri oleh penuntut INPENS Kuala Selangor.

Dari kiri ; Shahir AF, peserta Raja Lawak; Black, R2, Nazmi Raja Lawak, Dakmie, Akil Hayy dan Ustaz Akhwan naik ke pentas untuk munajat zikir taubat dan bacaan doa penutup.

Ustaz Akhwan Afandi dan Dakmie memberikan soalan cepumas kepada kanak-kanak ini dan memberikan hadiah istimewa.

Peminat-peminat berebut-rebut untuk mengambil gambar Shahir AF dari dekat.

Forum GeMS dari kiri ; Ustaz Shukri, Sdr. Kamal Affendi, Ustaz Zamri dan Ustaz Sallehin Mukhyi.

Muadz, ahli kumpulan Far East dan ahli kumpulan Wildan menyampaikan lagu dan nasyid pembukaan Forum GeMS.


Sunday, May 8, 2011

JELAJAH GEMS SIRI 7 : DAERAH SABAK BERNAM KEMBALI LAGI


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..
Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) kembali lagi..kali ini akan datang ke daerah Sabak Bernam iaitu di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar pada 13 dan14 Mei 2011..


Kawan-kawan remaja, belia, kanak-kanak serta ibu ayah dijemput hadir
memeriahkan Karnival GeMS.. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang 3 hari karnival berlangsung.. Antaranya, pameran pelbagai agensi dan syarikat, pengisian bermanfaat untuk remaja seperti pertandingan mewarna, explorace, forum kesedaran anti gejala sosial oleh Ustaz Zamri TV9 dan Ustaz Shukri Halaqah ; serta konsert amal yang membarisi artis terkenal seperti Shahir AF dan Ustaz Akil Hayy.

Jemput Hadir beramai-ramai samada jauh atau dekat...





Wednesday, May 4, 2011

Mencari kawan ada caranya

Perhatian untuk semua yang ingin mencari kawan. Kita perlu ada persediaan ilmu dan kemahiran serta perancangan untuk mendapat kawan yang sejati.Kita tidak boleh hanya menunggu nasib menentukan siapa kawan yang kita dampingi atau akan sentiasa kita hubungi untuk mengelak kesunyian , untuk diminta pandangan dan untuk diluah perasaan.
Kita tidak mahu tersilap kawan sehingga menyebab kita sedih dan kecewa kerana perbuatannya yang tidak boleh diharapkan bahkan yang sangat menyayat hati kemudian hari kerana tiada kesetiakawanan.
Carilah kawan yang punya agama, akhlak terpuji serta amanah.

Wednesday, April 6, 2011

Selangor Perhebat Tangani Gejala Sosial -SelangorKini


http://www.selangorkini.com.my/my/berita/31298

Saturday, 02 April 2011

SHAH ALAM 2 April – Kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial terus mempergiatkan langkah menangani masalah sosial yang berlaku di negeri ini dengan pelbagai program dan aktiviti secara tersusun dan berterusan dari masa ke semasa.

Antara program yang dijalankan adalah Program Kempen Anti Zina yang terbukti mendatangkan banyak manfaat positif kepada masyarakat di negeri Selangor.

Exco Pendidkan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam sidang DUN berkata Program Kempen Anti Zina yang dilancarkan pada 31 Ogos tahun lepas telah mendatangkan hasil apabila statistik tangkapan mencatatkan pengurangan sebanyak 54 kes atau 40 peratus.

Seterusnya dalam jawapan kepada soalan diajukan ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil, beliau berkata, kerajaan negeri telah mengambil beberapa tindakan ke arah menjayakan program dilaksanakan seperti menjadikan dua kawasan sebagai kawasan fokus bagi perlaksaan Program Menangani Gejala Sosial iaitu Pangsapuri Sri Perantau, Klang dan Desa Kasih, Sabak Bernam.

Tambahnya, penubuhan Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial adalah bertujuan untuk membantu kerajaan negeri meminimumkan senario gejala sosial di Selangor dan menerusinya perancangan pelbagai program dibuat ke arah menwujudkan Generasi Idaman Selangor (GeMS).

“Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial melibatkan pelbagai jabatan dan agensi serta berperanan untuk menjadi agen yang dapat menghasilkan perancangan strategik dalam meningkatkan usaha menangani gejala sosial secara efektif.

“Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM 1 juta bagi program menangani gejala sosial untuk dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah,” katanya.

Dr Halimah berkata, setiap jabatan dan agensi terlibat seperti Pejabat Daerah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis dan Jabaatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mengemukakan laporan perancangan, pelaksanaan dan pelan tindakan menangani gejala sosial dan membentangkannya di dalam mesyuarat jawatankuasa induk.

Katanya, hasil kerjasama dan komitmen daripada semua jabatan dan agensi itu sebanyak 31 Program Menangani Gejala Sosial yang berbentuk pendidikan ilmu agama, pembangunan dan pengajaran ke arah tatacara kehidupan harmoni telah berjaya dilaksanakan di semua peringkat daerah di Selangor.

“Program Jelajah GeMS diadakan di setiap daerah dan mendapat kerjasama daripada semua jabatan dan agensi terutamanya pejabat daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Program dan aktiviti yang dijalankan adalah seperti Seminar Keibubapaan, Kursus Jati Diri, Ceramah dan Dialog mengikut kategori usia, Seminar Kerjaya dan Keluarga, Kepimpinan Remaja atau Belia serta Kem Bina Sahsiah, aktiviti lasak dan sukan,” katanya.