I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, February 17, 2011

Thank you Allah!!

You gave us everything!
Truly you are the greatest!!
Please guide us to the right path

.: Pendidikan adalah keperluan asas!Tiada kompromi!

.: Pendidikan adalah keperluan asas!Tiada kompromi!: "Sesebuah masyarakat mesti menitik beratkan proses pendidikan.Tiada kompromi.Andaikata mahu berjimat analisa perbelanjaan menurut keutamaan. ..."

Pendidikan adalah keperluan asas!Tiada kompromi!

Sesebuah masyarakat mesti menitik beratkan proses pendidikan.Tiada kompromi.Andaikata mahu berjimat analisa perbelanjaan menurut keutamaan. Jangan bermegah dengan kemewahan atau perkara yang lagha/sia-sia.
Apa gunanya bangunan pencakar langit 100tingkat sekiranya ada ramai lagi anak-anak yang tidak bersekolah kerana ibubapa tidak mampu.Tidak mampu beli buku, beli pakaian, sediakan tambang bas.Tidak mampu membayar pelbagai yuran seperti untuk ko kurikulum, kelas komputer dll.Ibubapa yang sudah lemas dengan kesempitan hidup akan mengambil jalan mudah untuk meringan kebingungan dek tanggungan beban akan memilih untuk tidak mendaftarkan anak ke sekolah.
YB EXCO PENDIDIKAN SELANGOR berpandangan kerajaan khususnya kementerian pelajaran harus meletakkan target untuk mempastikan kerajaan pusat sama sekali tidak berkompromi tentang agihan bajet agar tahap/kualiti pendidikan tidak terjejas. Barang di ingat juga jangan kerana kerajaan BN berhabis berbelanja untuk pilihanraya maka segala peruntukan untuk rancangan makanan tambahan dan bantuan lain yang lain tidak disentuh untuk tujuan politik.Imbuhan untuk modal insan yang memerah keringat di sekolah perlu dipastikan mencukupi.Premis sekolah perlu di selenggara dengan baik supaya P&P boleh berlaku dalam persekitaran yang kondusif.
Di samping menekan aspek pembangunan fizikal beliau juga menekan perkara fundamental dalam pembangunan seseorang insan iaitu pembangunan elemen spiritual.Elemen ini menjadi kunci penentu kejayaan atau kehancurannya.Gabungan komposit spiritual,fizikal dan akal perlu disinergi pembangunannya dan apabila dikembangkan bersama modal emosi dan intelek dan kemahiran sosialnya melalui formula S.P.I.E.S insyaallah akan melahirkan modal insan yang berkesan dan berjaya dunia akhirat insyaallah.
Maka, sebab itulah JAWATANKUASA TETAP PEMBANGUNAN MODAL INSAN diperuntukkan RM10juta untuk tahun 2010 selain kerajaan negeri memperuntukkan RM16juta untuk bantuan fizikal SAR,SJKC dan SJKT.

Thursday, February 10, 2011

PAMPLET GENERASI IDAMAN SELANGOR (GeMS)


(Klik pada setiap gambar di atas untuk pembacaan yang lebih jelas)

Edaran Kempen Anti Zina akan diedar secara besar-besaran ke seluruh Selangor...

BAHAN KEMPEN YANG AKAN DIEDARKAN KEPADA
REMAJA DAN BELIA SEMPENA KEMPEN ANTI ZINA SIRI 3
HARI KEKASIH 14 Februari 2011

CEGAH SEBELUM PARAH...!!!!


**mencegah juga adalah lebih baik daripada mengubati...fikirlah...

Tuesday, February 8, 2011

Kempen Anti Zina Siri 3 - Sambutan Hari Valentine 2011

(klik banner diatas untuk lebih jelas)


Bersama-sama kita memberikan sokongan kepada usaha Kerajaan Negeri Selangor
dalam menangani gejala sosial dan pergaulan bebas anak muda kita melalui Kempen Anti Zina Siri 3 yang akan dijalankan pada 13 Februari 2011 (Ahad) ini, jam 2 petang bertempat di Dataran Shah Alam.

Pelancaran Kempen Anti Zina Siri 3 ini akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama padu Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) NGO-NGO Islam, Briged Amal, Yayasan Amal Malaysia dan ramai lagi sukarelawan yang terlibat.


JOM Anak-Anak Muda hadir berikan sokongan anda!!!