I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 23, 2011

MAJLIS DIALOG GENERASI IDAMAN SELANGOR MENCARI KESEPAKATAN PIMPINAN MASYARAKAT

Satu majlis dialog telah diadakan di Pejabat Daerah Kuala Langat oleh Yang Berhormat Dr. Hajah Halimah Ali bersama ketua jabatan-jabatan kerajaan dan agensi penguatkuasaan daerah beserta pimpinan masyarakat seperti penghulu dan jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK).

Majlis Dialog ini bertujuan untuk membincangkan secara menyeluruh dan holistik berkenaan masalah gejala sosial yang terdapat di dalam daerah Kuala Langat.

Jabatan kerajaan dan agensi penguatkuasaan yang terlibat adalah seperti Pejaba Daerah Kuala Langat, Majlis Daerah Kuala Langat, Polis Di-Raja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan Daerah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuala Langat, Pejabat Agama Islam Daerah, Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Daerah.

Penglibatan jabatan kerajaan dan agensi penguatkuasaan yang dipanggil untuk duduk bersama supaya interaksi dua hala dapat dimanfaatkan dengan berkesan oleh semua pihak dalam menjayakan agenda kerajaan negeri dalam mengurangkan kadar gejala sosial di dalam daerah Kuala Langat.

Pimpinan masyarakat dapat mengajukan masalah anak muda yang berlaku di dalam kawasan masing-masing dan memperoleh input bagaimana pencegahan dan penguatkuasaan dapat dilakukan secara bersama.

Dr Halimah dalam ucapannya menegaskan, Kerajaan Negeri Selangor begitu komited dan mengambil serius soal gejala sosial muda mudi di negeri Selangor, walaupun Ketua Polis Negeri dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini menyatakan kadar jenayah di Selangor menunjukkan penurunan akan tetapi ia perlu sentiasa dipantau secara berterusan oleh semua lapisan pimpinan masyarakat.

KEMPEN JOM KERJA SEMPENA KARNIVAL JELAJAH GeMS KUALA LANGAT

Pengunjung yang hadir mendaftarkan diri di meja urusetia.
Seorang pengunjung mengisi maklumat diri dengan syarikat KL Airport yang menyertai walk-in interview Jom Kerja
Kakitangan sebuah syarikat vendor stereng kereta Toyota dan Perodua
memberikan penerangan kepada pengunjung
Pegawai Kolej MCS Kuala Langat sedang menemuduga seorang pengunjung
Antara syarikat yang terlibat di dalam Jom Kerja Kuala Langat

WALK IN INTERVIEW KEMPEN JOM KERJA ANTARA TUMPUAN BELIA DI KARNIVAL GeMS KUALA LANGAT (SABTU, 18 JUN 2011 - DATARAN MORIB)

Antara aktiviti yang mendapat tumpuan belia di Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor Siri 8 : Daerah Kuala Langat yang bertempat di Dataran Morib selama satu hari ialah ‘walk-in interview’ Kempen Jom Kerja.

Jom Kerja menumpukan kepada penyertaan belia dan remaja yang menganggur dan tiada pekerjaan untuk mengisi kekosongan tenaga kerja di syarikat dan kilang-kilang swasta di Selangor.

Jom Kerja merupakan satu program di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan yang dipengerusikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali yang mana kerajaan negeri menyedari hakikat bahawa masih banyak peluang pekerjaan di Selangor dalam sektor swasta dan perkilangan yang memerlukan tenaga kerja yang banyak akan tetapi kebanyakannya diisi oleh tenaga kerja warga asing, manakala kadar belia menganggur sangat ramai.

Oleh itu, kerajaan negeri melaksanakan program seumpama ini untuk mengajak belia untuk tidak mensia-siakan tenaga mereka yang masih kuat untuk menjana ekonomi negeri yang pesat ini.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan telah mengadakan Kempen Jom Kerja hampir semua daerah di seluruh Selangor sejak diperkenalkan pada tahun 2009.

Penyertaan belia yang hadir memohon pekerjaan adalah kira-kira seramai 200 orang. Kebanyakan belia yang ditemui berkata mereka berpuas hati dengan kempen jom kerja seumpama ini yang dapat memberi kemudahan dan pilihan kepada belia yang sudah tamat pengajian dan juga belia yang menganggur mencari pekerjaan yang menjamin masa depan mereka.

Sebanyak sembilan syarikat swasta dan pengusaha kilang dalam Selangor yang terlibat di dalam temuduga terbuka secara langsung dengan kerjasama daripada Selangor State Investment Centre (SSIC). Antaranya ialah Western Digital (M) Sdn. Bhd., KL Airport Services Sdn.Bhd., Golden Palm Tree Rsort & Spa-Sepang Goldcoast Sdn. Bhd., Megasteel Sdn. bhd., Kolej MCS, Chemi-con (Malaysia) Sdn. Bhd., Significant Technologies Sdn. bhd., Trolli Master Sdn. bhd., dan Mettube Sdn. Bhd.


Tuesday, June 14, 2011

KARNIVAL JELAJAH GeMS SIRI 8 : DAERAH KUALA LANGAT


Karnival Jelajah GeMS Siri 8 kini menemui anda di Daerah Kuala Langat pada 18 Jun 2011 bertempat di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat.

Pelbagai acara menarik disediakan untuk pengunjung yang hadir. Antaranya Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta, sesi "Walk-In Interview" Jom Kerja, pertandingan bola sepak pantai dan bola jaring, konvoi dan pertandingan motosikal tercantik oleh peserta motosikal berkuasa tinggi dan klasik, Forum Bicara Remaja, OPKIM Mahasiswa Kolej INPENS seperti khidmat servis motosikal percuma, spa untuk wanita dan pelbagai lagi..

Selain itu, akan diadakan Sembang Santai dan Konsert GeMS, menampilkan panel seperti YB Dr Ahmad Yunus Hairi (ADUN Sijangkang) dan Sham Kamikaze yang telah berhijrah daripada dunia hiburan untuk berkongsi dengan remaja. Tidak lupa juga, persembahan artis pujaan remaja iaitu Shahir AF8 yang akan membuat persembahan dengan mesej yang baik untuk semua.

Oleh itu, JOM DATANG BERAMAI-RAMAI...Kita kasi GEGAR Pantai Morib V(^_^)**