I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 30, 2010

PELANCARAN PROGRAM GeMS


Pelancaran program menangani gejala sosial peringkat negeri Selangor (GeMS) akan disempurnakan oleh YAB Dato'Menteri Besar Selangor pada 24/7/10 di TUNGGAK 10, SABAK BERNAM
Semua pimpinan masyarakat terdiri daripada
pegawai-pegawai daerah, YDP/DATUK BANDAR,Ketua jabatan dan agensi kerajaan, TOK PENGHULU,ketua kampung, nazir masjid, pertubuhan belia, BRIGED AMAL SELANGOR, ALUMNI SPIES, pertubuhan wanita,PIBG, Lembaga zakat, jabatan kebajikan, jabatan pelajaran, jabatan kesihatan,Polis, AADK,PEMADAM; perpustakaan dll akan dilibat sama supaya seluruh lapisan masyarakat bersinergi.
Sasaran remaja/belia

LOGO GeMS


Menyedari bahawa trend kecenderungan terlibat dalam gejala sosial di kalangan khususnya remaja/belia semakin menjadi-jadi, kerajaan negeri Selangor telah membuat keputusan untuk memberi perhatian khas untuk merangka satu pelan tindakan jangka panjang untuk menangani isu tersebut.
Kerajaan negeri mahu melakukan transformasi budaya dengan mendahulukan mentaliti masyarakat terhadap masalah yang semakin gawat ini. Justeru, melalui sebuah unit yang ditubuhkan khas iaitu UNIT GEJALA SOSIAL di bawah EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN Kerajaan Selangor telah memperkenalkan satu gelombang baru yang mahu mengetengahkan idea positif dengan mencetuskan kesedaran rakyat jelata khususnya kepada ibubapa/pimpinan masyarakat setempat/guru-guru dan juga kepada golongan terfokus remaja dan belia kepada KEPERLUAN MENDESAK membentuk generasi muda ke arah generasi yang efektif dan produktif. Generasi ini akan menjadi modal insan berkualiti yang berdaya membangunkan Selangor ke arah matlamat kerajaan melahirkan SELANGOR NEGERI IDAMAN, MAJU,SEJAHTERA DAN BERKEBAJIKAN.
Generasi Idaman Selangor ini adalah terdiri dari golongan yang dinamik,berwawasan dan berdaya saing. Ombak jahiliyah dan demam hedonisme serta kecelaruan matlamat hidup menghalang visi Selangor tercapai kerana meleka dan merangsang remaja/belia Selangor menjadi insan liabiliti. Justeru, wake-up call untuk semua dengan lontaran panggilan kepada golongan muda menjadi sebahagian daripada GeMS ini diharap memitigasi kerugian tenaga muda/modal insan.
Logo GeMS memaparkan imej remaja/belai pelbagai citra bangun bersama menjulang misi menjadi Generasi Idaman Selangor YANG AKAN MENJADI TUNGGAK pembangunan mampan negeri Selangor.Dengan itu insyaallah visi kerajaan Selangor menjadikan Selangor baldatun toyyibatun wa robbun ghafuur akan tercapai.
Semua anda diperlukan dan dengan ini dijemput untuk bersama-sama bersinergi menjadikan Selangor negeri idaman,maju, sejahtera dan berkebajikan.

Tuesday, June 29, 2010

Gilap Mutiara Selangor

Bismilahhir rahman nirrahiim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kerajaan Negeri Selangor melihat seluruh rakyat sebagai aset yang tidak ternilai harganya, bak mutiara. Justeru, kerajaan mahu mempastikan mutiara-mutiara yang bertabur di seluruh Selangor digilap agar bersinar dan mampu menyinari orang dan alam sekeliling. Inilah falsafah pendekatan menangani gejala sosial Selangor yang dikenali sebagai program GeMS(Generasi Idaman Selangor). GeMS akan menggunakan pendekatan holistik yang bercirikan kolaborasi bersinergi semua jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan termasuk AADK/PDRM, NGO, persatuan wanita, persatuan belia, persatuan pesara, PIBG, Ketua kampung/ketua komuniti, dan pelbagai seperti pusat perlindungan wanita, Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor/IPT, Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam (MAPPIS),Lembaga zakat Selangor,JAIS,Jabatan Kebajikan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen,RELA,Briged Amal Selangor, jawatankuasa tetap pelbagai EXCO dll.
Dengan kerja berpasukan yang mantap dan 'shared vision' untuk berjaya, barulah masalah-masalah kronik yang melanda masyarakat seperti gejala sosial dan jenayah mampu dibanteraskan insyaallah. Semua ahli masyarakat daripada pimpinan hinggalah kepada guru-guru dan ibubapa mesti memainkan peranan untuk tujuan ini.