I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 26, 2010

Baitul Ehsan MAIS


Us Makhi daripada PUSAT PEMULIHAN AKHLAK WANITA BAITUL EHSAN SABAK BERNAM menyampai cenderamata untuk YB Dr Halimah semasa KARNIVAL GeMS.
Di antara penghuni pusat ini ialah anak-anak perempuan yang telah ditangkap oleh penguatkuasa JAIS dan disabit kesalahan oleh mahkamah di atas tuduhan maksiat dan kemungkaran dan diperintah menjalani proses pemulihan di sini. Ada juga yang dihantar oleh ibubapa atau datang sendiri.

Sunday, July 25, 2010

TAWAS dan program MES IKUT GeMS sekali!


ini maskot TAWAS( Tabung anak warisan Selangor) dalam majlis pelancaran

PERTANDINGAN FUTSAL DI KARNIVAL GeMS


BANYAK pasukan yang terlibat dalam pertandingan futsal lagi bagus, kerana ia jadi daya penarik kepada belia-belia yang mahu aktiviti outdoor yang lasak seperti ini

KARNIVAL GeMS:SABAK GOLF PUN ADA!

YB Dr Halimah terpaksa berhenti di satu khemah kerana ditahan oleh seorang anak berumur lebih kurang 9 tahun.Dia hulurkan sebatang kayu dan minta YB EXCO 'main golf'! Kali ke empat baru masuk lubang bola golf !! Semua sorak....

GeMS Pertandingan scooter tercantik


Tetuan scooter lama nampaknya sibuk kebelakangan ni. Ada scooter yang dah berkarat dicat semula.Ditambah gadget itu dan ini...ramai juga peserta pertandingan ni... Pegawai Daerah positif biasanya tuan punya scooter ni jaga scooter dia supaya tak rosak.Mereka tidak berperangai sepertri MAT REMPIT kerana takut scooter rosak.Susah cari spare part!

KARNIVAL GeMS


KARNIVAL GeMS SABAK


Peminat haiwan pun dilibatkan dalam program GeMS. Ada yang suka tengok ayam katek, cara menetaskan burung puyuh, itik belanda...macam macam ada. boleh tambah ilmu pengetahuan. Daripada terjebak dalam gejala sosial baik bela ayam...boleh makan telur atau daging dia

Briged Amal Selangor GEMS SABAK


Sukarelawan Briged Amal Selangor seronok bersama dalam majlis pelancaran.Inilah cara kita melibatkan remaja-remaja yang banyak tenaga dalam aktiviti yang positif dan menguntungkan diri,keluarga dan masyarakat

AKTIVITI KARNIVAL GeMS


EXPO ASKAR WATANIAH
Pegawai memberi keterangan kepada YB DR HALIMAH yang melawat booth

GeMS SABAK BERNAM libat semua pimpinan masyarakat setempat


Program penting dan 'berat' seperti usaha menangani gejala sosial harus dipikul oleh semua orang: berat sama dipikul, ringan sama dijinjing! Syabas dan tahniah kepada Tn Hj Marzuki Pegawai Daerah Sabak Daerah Sabak Bernam yang telah berjaya mengumpul watak-watak penting yang akan memikul amanah membanteras segala unsur kejahatan dan kebejatan sosial di daerah tersebut.
Tahniah juga kepada Azreen dan pembantunya daripada UNIT GEJALA SOSIAL, JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN SELANGOR yang telah berjaya mengembelengkan tenaga dan mengguna kreativiti untuk menyusun pelbagai program mengikut keperluan pelbagai kelompok spt wanita, kanak-kanak, remaj,belia ,peminat motor dsb

GeMS mula bertapak di DAERAH SABAK BERNAM


Alhamdulillah, dengan izin Ilahi, kempen kesedaran menangani gejala sosial secara tuntas dan perlu melibat semua kumpulan, semua komuniti tanpa mengira kaum,keturunan, bangsa dan agama telah berjaya dilaksanakan pada 24/7/10 di TUNGGAK 10 SABAK BERNAM. Program khas yang dirancang khusus untuk menangani gejala sosial di Selangor di jenamakan sebagai GeMS iaitu singkatan kepada GENERASI IDAMAN SELANGOR.
Dua projek perintis kerajaan negeri Selangor untuk 'test market' pendekatan penyelesaian tuntas' mengatasi masalah kronik gejala sosial.Yang pertama adalah di SABAK BERNAM khususnya terfokus kepada DESA KASIH MERBAU BERDARAH.
Alhamdulillah, pegawai daerah TN HJ MARZUKI HUSSIN yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa menangani gejala sosial peringkat daerah(GeMS) telah berjaya mengumpulkan ketua-ketua jabatan/agensi kerajaan yang diperlukan untuk sama-sama bersinergi mengatasi masalah.Semua hadir dalam majlis pelancaran yang sepatutnya dirasmikan oleh YAB DATO'MENTERI BESAR SELANGOR tetapi oleh kerana ada aral melintang YB DR HJH HALIMAH ALI selaku EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN menggantikan beliau.

Dalam ucapannya, YB DR HALIMAH telah menekankan peri pentingnya:
1) peranan pemimpin semua tahap daripada Pegawai Daerah/YDP/Ketua Jabatan dan seluruh kakitangan kerajaan; penghulu, ketua kampung dan JKKK, nazir masjid dan AJK, ketua komuniti;guru dan ibubapa, rakan sebaya, persatuan wanita dan belia
2) seluruh ahli masyarakat perlu mempunyai nilai hidup murni dan budaya hidup yang positif yang ternampak jelas oleh remaja/belia;
3)Iklim persekitaran yang sihat dan membina; ketua kampung, ketua komuniti, ahli majlis perlu mengenalpasti tempat-tempat yang berpotensi dan sudah pun dijadikan tempat pembiakan maksiat dan gejala sosial.
4)Jawatankuasa GeMS Daerah perlu ada pangkalan data mengenai demografi, taburan prasarana, taburan tempat maksiat dan segala data yang diperlukan untuk menggerakkan secara efektif pasukan pencegah maksiat dan gejala sosial serta kemudahan-kemudahan yang ada untuk merancang secara sistematik dan teratur program dan aktiviti konstruktif untuk menarik minat remaja/belia agar tenaga muda yang berlebihan boleh disalur kepada aktiviti yang membangun dan mengembangkan keinsanan mereka.
Paling penting,YB Dr Hjh Halimah mahu semua orang sedar mereka semua berperanan dan boleh menyumbang dengan cara sendiri dan lebih berkesan secara berkolaborasi untuk menangani gejala sosial. Tidak ada orang yang patut menuding jarin kepada orang lain.Semua tanpa mengira kefahaman politik/bangsa dan gama mesti berganding bahu.

Saturday, July 24, 2010

KARNIVAL & MAJLIS PELANCARAN GeMS PERINGKAT NEGERI SELANGOR



TUNGGAK 10 SABAK BERNAM
24/7/10 SABTU


YB Dr Hjh Halimah Ali , EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Peringkat Negri Selangor telah selamat menyempurnakan majlis pelancaran KARNIVAL DAN PROGRAM GENERASI IDAMAN SELANGOR(GeMS).
Turut serta YB DR AHMAD YUNUS HAIRI Pembantu Exco Pendidikan, HJ MARZUKI HUSIN PEGAWAI DAERAH SABAK BERNAM, TUAN ZAILANI YDP MAJLIS DAERAH SABAK, Penghulu-penghullu, JKKK, Ahli Majlis, wakil jabatan/agensi kerajaan, LEMBAGA ZAKAT SELANGOR/MAIS,Pejabat Kesihatan, Pejabat Kebajikan,PDRM, PAID, Nazir masjid, ketua komuniti, UNISEL/INPENS/KUIS/YAYASAN SELANGOR/ASKAR WATANIAH/BOMBA/YAWAS/BRIGED AMAL SELANGOR/PKNS/GALERI ILMU/PERKID/TV SELANGOR/PEMADAM/BAITUL EHSAN/AADK/JABATAN PERTAHANAN AWAM dll.
Pelbagai acara menarik untuk pelbagai golongan termasuk pertandingan scooter tercantik, memasak, futsal, sukaneka, bola jaring, pertandingan mewarna DAN melukis, explorace, pertandingan tradisional, forum, persembahan artis serta pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan serta anak syarikat.....dll

Monday, July 5, 2010

STRATEGI SUKSES GeMS


Pelan Tindakan untuk menangani gejala sosial negeri Selangor memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat: pembuat dasar,pelaksana dasar yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, golongan sistem sokongan seperti NGO/persatuan, masyarakat setempat.peer groups/rakan sebaya, pemantau/ pengkritik konstruktif, ibubapa/saudara mara.
Yang mempunyai kuasa menggunakan kuasa mengikut kemampuan dan bidangnya.
Pagi 5/7/10 saya membawa sekretariat GeMS melawat KETUA POLIS NEGERI SELANGOR di pejabatnya untuk berbicara secara serius kaedah berkesan menangani gejala sosial di KONTIJEN SHAH ALAM.Walaupun saya menaruh harapan yang begitu tinggi untuk menjayakan operasi mitigasi insan liabiliti di Selangor nampaknya dari sudut pihak polis hanya sebahagian sahaja yang relevan terus kepada mereka. Yang lain walaupun tidak menyenangkan penduduk bahkan mungkin memudaratkan orang lain dan dirinya sendiri seperti hidu gam, ponteng sekolah sebaliknya ke siber cafe,l lepak,berpoya-poya,minum arak, buat maksiat. ini bukan skop tugas polis. Ini tugas orang lain seperti ibubapa,PIBG dll.Prioriti mereka adalah untuk membanteras jenayah.
Namun, saya bersyukur kerana dapat berjumpa dengan DATUK KHALID KHALID ABU BAKAR,Ketua Polis dan telah pun berbincang pelbagai perkara secara umum dan mengenai projek perintis GeMS yang memerlukan komitmen semua pihak termasuk pihak polis.


Saturday, July 3, 2010

Banyak yang cakap siapa nak bikin?


Bayi lelaki dijumpai di atas daun pisang...bayi lelaki di atas kertas surat khabar. Sekarang bayi 'daun pisang' ini hidup lagi...di dalam ICU
Ibu berumur 18tahun tak berkahwin, tinggal di rumah ibu saudara.
Baru-baru ini juga IRENE FRENANDEZ daripada TENAGANITA memberitahu ada wanita yang dipaksa mengandung untuk menghasilkan anak.Anak itu akan dijual dengan harga mengikut cerah atau gelap kulitnya.
Adakah manusia semakin hilang harga diri sehingga boleh diperdagangkan?
Ramai yang marah tetapi berapa orang yang tekad mahu memberhentikan maksiat dan kemungkaran ini? SEMUA BERCAKAP DAN MEMBERI KOMEN. Siapa yang mara ke depan dan mahu menjadi sukarelawan membantu bersinergi berkolaborasi dengan pelbagai pihak yang berkaitan untuk benar-benar membanteras gejala sosial ini. Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan memerlukan ANDA!

Friday, July 2, 2010

TARGET TEPAT


Untuk mewujudkan baldatun tayyibatun wa robbun ghafuur yang bermaksud negeri idaman yang baik,maju,selamat,sejahtera,anggun,unggul, canggih dan dirahmati dan diampuni oleh Allah swt Kerajaan negeri Selangor meletak antara teras utama dalam rancangan pembangunannya ialah membangun modal insan.

Target yang dipersetujui oleh kerajaan ialah generasi muda yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan remaja/belia.Bahkan sebenarnya ia memerlukan proses pembentukan generasi idaman lebih awal daripada itu, iaitu proses awal pembinaan rumahtangga itu sendiri.
Kemudian fasa rebung ini dilentur dengan pendekatan holistik yang berkesan melalui model pembangunan modal insan S.P.I.E.S.TM iaitu singkatan bagi S.-SPIRITUAL;P 'PHYSICAL';I-INTELEK; E-EMOSI;S-SOSIAL.
Metodologi atau uslub S.P.I.E.S ialah setiap orang,setiap hari setiap lokasi mesti membangunkan dirinya dalam 5 elemen teras yang diperlukan dalam proses pembangunan insan.Elemen-elemen P.I.E.S. dibangunkan bersama secara sinergi dan bertunjangkan pembangunan spiritual yang menjadi dasar dalam model di atas.Insyaallah, manusia yang terbentuk sedemikian akan menjadi orang yang sepadu dan seimbang dalam hidupnya dan berupaya menjadi modal insan yang produktif dan efektif.
Model ini sengaja diolah bersifat universal dan boleh digunapakai oleh semua kaum dan agama.Hanya syarah atau interpretasi dan pendetailan boleh diadaptasikan oleh kaum atau agama/kelompok masing-masing.