I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 8, 2011

JELAJAH GEMS SIRI 7 : DAERAH SABAK BERNAM KEMBALI LAGI


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..
Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) kembali lagi..kali ini akan datang ke daerah Sabak Bernam iaitu di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar pada 13 dan14 Mei 2011..


Kawan-kawan remaja, belia, kanak-kanak serta ibu ayah dijemput hadir
memeriahkan Karnival GeMS.. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang 3 hari karnival berlangsung.. Antaranya, pameran pelbagai agensi dan syarikat, pengisian bermanfaat untuk remaja seperti pertandingan mewarna, explorace, forum kesedaran anti gejala sosial oleh Ustaz Zamri TV9 dan Ustaz Shukri Halaqah ; serta konsert amal yang membarisi artis terkenal seperti Shahir AF dan Ustaz Akil Hayy.

Jemput Hadir beramai-ramai samada jauh atau dekat...





Wednesday, May 4, 2011

Mencari kawan ada caranya

Perhatian untuk semua yang ingin mencari kawan. Kita perlu ada persediaan ilmu dan kemahiran serta perancangan untuk mendapat kawan yang sejati.Kita tidak boleh hanya menunggu nasib menentukan siapa kawan yang kita dampingi atau akan sentiasa kita hubungi untuk mengelak kesunyian , untuk diminta pandangan dan untuk diluah perasaan.
Kita tidak mahu tersilap kawan sehingga menyebab kita sedih dan kecewa kerana perbuatannya yang tidak boleh diharapkan bahkan yang sangat menyayat hati kemudian hari kerana tiada kesetiakawanan.
Carilah kawan yang punya agama, akhlak terpuji serta amanah.

Wednesday, April 6, 2011

Selangor Perhebat Tangani Gejala Sosial -SelangorKini


http://www.selangorkini.com.my/my/berita/31298

Saturday, 02 April 2011

SHAH ALAM 2 April – Kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial terus mempergiatkan langkah menangani masalah sosial yang berlaku di negeri ini dengan pelbagai program dan aktiviti secara tersusun dan berterusan dari masa ke semasa.

Antara program yang dijalankan adalah Program Kempen Anti Zina yang terbukti mendatangkan banyak manfaat positif kepada masyarakat di negeri Selangor.

Exco Pendidkan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam sidang DUN berkata Program Kempen Anti Zina yang dilancarkan pada 31 Ogos tahun lepas telah mendatangkan hasil apabila statistik tangkapan mencatatkan pengurangan sebanyak 54 kes atau 40 peratus.

Seterusnya dalam jawapan kepada soalan diajukan ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil, beliau berkata, kerajaan negeri telah mengambil beberapa tindakan ke arah menjayakan program dilaksanakan seperti menjadikan dua kawasan sebagai kawasan fokus bagi perlaksaan Program Menangani Gejala Sosial iaitu Pangsapuri Sri Perantau, Klang dan Desa Kasih, Sabak Bernam.

Tambahnya, penubuhan Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial adalah bertujuan untuk membantu kerajaan negeri meminimumkan senario gejala sosial di Selangor dan menerusinya perancangan pelbagai program dibuat ke arah menwujudkan Generasi Idaman Selangor (GeMS).

“Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial melibatkan pelbagai jabatan dan agensi serta berperanan untuk menjadi agen yang dapat menghasilkan perancangan strategik dalam meningkatkan usaha menangani gejala sosial secara efektif.

“Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM 1 juta bagi program menangani gejala sosial untuk dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah,” katanya.

Dr Halimah berkata, setiap jabatan dan agensi terlibat seperti Pejabat Daerah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis dan Jabaatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mengemukakan laporan perancangan, pelaksanaan dan pelan tindakan menangani gejala sosial dan membentangkannya di dalam mesyuarat jawatankuasa induk.

Katanya, hasil kerjasama dan komitmen daripada semua jabatan dan agensi itu sebanyak 31 Program Menangani Gejala Sosial yang berbentuk pendidikan ilmu agama, pembangunan dan pengajaran ke arah tatacara kehidupan harmoni telah berjaya dilaksanakan di semua peringkat daerah di Selangor.

“Program Jelajah GeMS diadakan di setiap daerah dan mendapat kerjasama daripada semua jabatan dan agensi terutamanya pejabat daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Program dan aktiviti yang dijalankan adalah seperti Seminar Keibubapaan, Kursus Jati Diri, Ceramah dan Dialog mengikut kategori usia, Seminar Kerjaya dan Keluarga, Kepimpinan Remaja atau Belia serta Kem Bina Sahsiah, aktiviti lasak dan sukan,” katanya.

2,000 Hadir Rai Majlis Perkahwinan Perdana Libat 44 Pasangan

http://www.selangorkini.com.my/my/berita/31070

Saturday, 26 March 2011

KLANG, 26 Mac – Program Majlis Perkahwinan Perdana 2011 anjuran kerajaan negeri menghimpunkan 44 pasangan pengantin baru dalam satu majlis keraian membawa pendekatan baru dalam penganjuran majlis perkahwinan di negara ini.

Majlis yang berlangsung di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek di sini yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjalin ikatan perkahwinan berlangsung meriah dengan lebih 2,000 hadirin membanjirinya.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan merangkap Penaung Program, Dr Halimah Ali berkata program tersebut dijalankan buat kali pertama di Selangor adalah satu usaha kerajaan negeri membantu rakyat berbelanja dengan berhemah serta mengeratkan silaturrahim sesama umat Islam dan yang lain menerusi majlis yang bertema “Perkahwinan Menjana Mawaddah”.

Katanya, melalui cara ini sekumpulan pengantin baru dapat disatukan dalam satu majlis dan mereka semua akan dibekalkan dengan pakaian serta beberapa kelengkapan lain yang sama.

“Objektif utama program ini adalah untuk menbendung isu gejala sosial yang semakin membimbangkan seperti kelahiran anak luar nikah, memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran mempercepatkan perkahwinan serta melahirkan Generasi Idaman Selangor yang berilmu, berakhlak dan berkualiti melalui program Modal Insan Kerajaan Negeri.

“Yang penting juga dalam majlis ini adalah bacaan khutbah perkahwinan yang dibaca di mana kalau kita lihat dalam majlis perkahwinan yang lain tiada seperti ini iaitu memberi kesedaran kepada semua betapa pentingnya perkahwinan ini dalam kehidupan dan agama,” katanya dalam temubual di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dan Rodziah Ismail.

Dalam program julung kali ini katanya seramai 44 pasangan pengantin baru berjaya dikumpul dan berdasarkan kejayaan program itu pihaknya mungkin akan menganjurkannya ke daerah-daerah lain di negeri Selangor.

“Kita lihat menerusi cara ini akan memudahkan urusan perkahwinan dijalankan dan menghimpunkan seluruh ahli keluarga dalam satu majlis dan cara ini juga dapat menjimatkan belanja dan kos penganjuran majlis perkahwinan,” katanya.

Dr Halimah berkata, menerusi penganjuran majlis seperti itu diharap mampu melahirkan generasi muda yang memiliki jati diri dan akhlak terpuji serta mempunyai asas dan ilmu agama Islam yang tinggi yang boleh dijadikan panduan serta ikutan.

Dewasa ini jelasnya banyak berlaku perceraian akibat tiada pegangan diri yang kukuh terhadap agama serta tidak memahami tuntutan Islam dalam perkahwinan.

Sunday, March 27, 2011

Sedutan Berita Majlis Perkahwinan Perdana 2011

Penyampaian Sijil Penyertaan Kepada Semua 44 Pasangan Pengantin

Pasangan Warga Emas yang mendapat perhatian orang ramai dalam majlis ini.

Kesemua pengantin lelaki bersiap sedia untuk di akad nikahkan secara serentak oleh 12 jurunikah yang dilantik

Keratan Berita Harian, 29 Mac 2011 (Selasa) Bahagian Sentral m/s 8.

Keratan Akhbar Harakah edisi Jumaat, 1-4 April 2011


15,000 Rai 44 Pasangan Raja Sehari
Ismail Hashim (harakahdaily, 27 Mac 2011)

KLANG, 26 Mac: Majlis Perkahwinan Perdana yang diadakan di Masjid Nurul Iman, Kampung Delek, dekat sini hari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kejayaan 44 pasangan menjadi Raja Sehari.

Kehadiran tetamu sekitar 15,000 orang dari berbagai golongan masyarakat termasuk bukan Islam memeriahkan lagi suasana majlis.

Penaung program, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Hajah Halimah Ali dan Exco Agama negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali turut hadir.

Selain itu, ramai kalangan pimpinan hadir termasuk pegawai kerajaan mewakili berbagai agensi yang turut memberikan kerjasama dalam menjayakan program.

Dalam ucapan aluannya. Dr Halimah berkata, dengan tema Perkahwinan Menjana Mawaddah diharapkan lahirlah golongan masyarakat yang dapat bangunkan komuniti menjadi lebih berjaya.

Sebelum majlis akad nikah dilangsungkan, khutbah nikah disampaikan oleh Dr Hasan.

Setelah itu, seramai lapan kadi yang dilantik JAIS menjalankan tugas mereka menikahkan kesemua pasangan dalam masa sekitar satu jam.

Menurut salah seorang jawatankuasa program, Haji Jamuliddin Elias, dengan kejayaan penganjuran kali ini menambahkan semangat mereka untuk menjadikan program itu sebagai acara tahunan.

"Kita merancang program yang lebih meriah dengan jumlah penyertaan lebih ramai pasangan di masa akan datang.

"Kita memberikan banyak kemudahan kepada semua pasangan terbabit termasuk pakaian pengantin kecuali mahar yang mereka usahakan sendiri.

"Meskipun kita membelanjakan sekitar RM100 ribu untuk program hari, namun sumbangan menjayakan tema Perkahwinan Menjana Mawaddah lebih diutamakan," tegasnya.

Jamuliddin berkata, walaupun mereka terbabit dari seluruh Selangor tetapi majoritinya datang dari Daerah Klang.

Katanya, jika sebelum ini, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Perlis pernah mengadakan program sama sebelum ini, kini Selangor menjadi negeri keempat berbuat demikian.

Ketika ditemui, pasangan yang terlibat mengucapkan rasa syukur tidak terhingga ke Hadrat Allah SWT kerana dapat bersama melangsungkan perkahwinan secara bersama pada hari ini.

Aminuddin Sohar, 20, dan isterinya, Nurul Hidayah Shahar, 26, mengucapkan terima kasih kepada pihak Masjid Nurul Amin, Kerajaan Negeri, JAIS dan semua agensi terlibat.

Mereka berdua bertambah gembira kerana lokasi tempat berlangsungnya program, Masjid Nurul Amin adalah kombinasi nama mereka berdua.

Pasangan veteran, Zakaria Ismail, 64, dan Mariah Baharum, 48, pula tidak menjangka perkenalan sekitar empat bulan lalu dapat sama bersama dalam majlis hari ini.

"Kami bersyukur kerana dalam masa kurang setahun menduda dan keseorangan, dapat bersama menjadi pengantin kali kedua," ujar Zakaria sambil tersenyum ke arah isteri tersayang.

Majlis jamuan berlangsung sehingga jam 5 petang yang dilayani oleh petugas-petugas yang dilantik termasuk Briged Amal.

Sebelah malam, satu forum berkaitan pernikahan diadakan dengan panelisnya Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor dan artis yang baharu sertai PAS, Bob Lokman.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31535%3A15000-rai-44-pasangan-raja-sehari&catid=1%3Autama&Itemid=50


Mempelai OKU, Waga emas Dirai (Sinar Harian, 27 Mac 2011)

KLANG –Mempelai orang kurang upaya (OKU) dan warga emas menjadi antara 44 pasangan pengantin yang diijabkabulkan dan diraikan dalam majlis khas, Majlis Perkahwinan Perdana 2011 di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek, dekat sini, semalam.

Pengantin lelaki, Bonia Benawar, 30 dan Siti Salbiah Mahmud, 24 merupakan pasangan OKU yang diraikan di majlis itu melahirkan kesyukuran kerana majlis tersebut merealisasikan impian mereka untuk hidup bersama selepas berkenalan sejak dua tahun lalu.

Jurubahasa memaklumkan, Bonia dan Siti Salbiah berkenalan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan hubungan mereka direstui oleh kedua-dua keluarga.

“Alhamdulillah, kami selamat menjadi suami isteri dan akan tinggal di Klang kerana saya bekerja sebagai pengimpal besi manakala Salbiah merupakan suri rumah.

“Saya akan membahagiakannya dan berharap akan dikurniakan anak yang soleh dan solehah,” katanya.

Bonia berkata, majlis tersebut amat bererti kepadanya dan isteri kerana diraikan oleh Kerajaan Selangor dan dihadiri beberapa pemimpin negeri.

Bagi pasangan warga emas, Mohd Zakaria Ismail, 64 berkata, penyertaannya dalam majlis itu adalah untuk memecah tradisi kerana selalunya perkahwinan beramai-ramai disertai mereka pada usia pertengahan.

“Walaupun ini merupakan perkahwinan kedua saya, saya ingin menyertai majlis ini kerana ia dibuat bersama-sama peserta-peserta yang kebanyakan belia sekali gus saya ingin melakar sejarah tersendiri dalam hidup saya.

“Penyertaan ini memberikan kemudahan kepada dan menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri mengelakkan maksiat dan masalah sosial,” katanya.

Menurutnya, isterinya, Mariah Baharom, 48, yang dikenalinya sejak empat bulan lalu juga ingin bersama-sama dalam majlis itu kerana ia merupakan majlis.

Majlis tersebut anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui program Generasi Idaman Selangor (GeMS) bertemakan Perkahwinan Menjana Mawadah dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dengan kerjasama pelbagai agensi.

Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat- adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Ali.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.

Setiap pasangan pengantin sama cantik dan berseri berbaju kurung tradisional warna putih sedondon bersamping bagi lelaki manakala pengantin perempuan tambah manis dengan tudung yang dipadan ‘veil’ keemasan.

Sebahagian daripada pasangan itu dinikahkan semalam dan sebahagian yang lain telah bergelar suami isteri sejak awal bulan lalu dan mereka diberikan sepersalinan baju pengantin dan sijil penyertaan.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat- adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Hassan Mohd Ali dalam khutbah nikah menasihatkan pengantin untuk berkasih sayang di antara satu sama lain tanpa mengabaikan taat kepada suruhan Allah dan mengamalkan cara Rasulullah dalam meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.

“Kerajaan Negeri bercadang akan mengadakan program sebegini di peringkat daerah untuk berdakwah dan menyampaikan mesej perkahwinan, falsafah untuk merealisasikan pembangunan umat Nabi Muhammad,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali, berkata, majlis itu merupakan yang pertama kali diadakan dan ia akan dijadikan acara tradisi negeri ini.

“Majlis ini dilihat sebagai inisiatif kerajaan negeri untuk mengekang masalah sosial dan ia merupakan sau publisiti serta dorongan bagi menambahkan keinginan belia Islam untuk membina rumah tangga dan menjalani kehidupan berkeluarga yang sejajar dengan tuntutan Islam.

“Ia juga untuk memudahkan pasangan pengantin yang kurang berkemampuan dan sebagai usaha mengimarahkan masjid yang bukan sahaja untuk melakukan ibadat,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/selangor/content/story8909641.asp


Thursday, March 24, 2011

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN PERDANA 2011 DAERAH KLANG

Seramai 44 pasangan pengantin baru bakal di ijab kabul pada hari tersebut..Semua dijemput hadir memeriahkan suasana.

Pada sebelah malam pula akan diadakan Forum Perdana GeMS yang dibarisi panel Ustaz Ridhuan Mohd norr dan juga Saudara Bob Lokman.

(Klik pada gambar untuk lebih jelas aturcara yang disediakan)