I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 13, 2011

YB EXCO PENDIDIKAN ditakdir sempat menghantar pelajar Selangor balik Mesir




MASJID NEGERI
SHAH ALAM
13.3.11

EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali bersama Pengurus Besar Tourism Selangor,Pn Noorul bersama berhujan menghantar pelajar-pelajar Selangor yang dihantar meneruskan pelajaran ke Mesir untuk menaiki 8 bas yang disediakan oleh kerajaan Selangor di masjid negeri Shah Alam.
Konvoi bas itu dilepaskan oleh YB EXCO yang sepatutnya berlepas untuk menunaikan ibadah umrah hari ini. Dengan takdir Allah YB sempat bertemu dengan pelajar dan ibubapa yang mahu berlepas menuntut ilmu di Mesir alhamdulillah.

Saturday, March 5, 2011

PADA SEMUA:MARI KITA TAUBAT

Lirik lagu daripada Waliband ini boleh dijadikan peringatan(tazkirah) yang terbaik bagi jiwa bergelora yang mahu bermaksiat kerana sudah terlanjur berkawan dengan 'geng' yang sebati dengan kerja maksiat dan dosa. Belum terlambat !Ada peluang untuk bertaubat tetapi perlu taubat yang nasuha. Berusaha untuk mencari kawan yang baik dan tidak maksiat dan tundukkan ego dengan mahu ditegur dan dibimbing!

Thursday, February 17, 2011

Thank you Allah!!

You gave us everything!
Truly you are the greatest!!
Please guide us to the right path

.: Pendidikan adalah keperluan asas!Tiada kompromi!

.: Pendidikan adalah keperluan asas!Tiada kompromi!: "Sesebuah masyarakat mesti menitik beratkan proses pendidikan.Tiada kompromi.Andaikata mahu berjimat analisa perbelanjaan menurut keutamaan. ..."

Pendidikan adalah keperluan asas!Tiada kompromi!

Sesebuah masyarakat mesti menitik beratkan proses pendidikan.Tiada kompromi.Andaikata mahu berjimat analisa perbelanjaan menurut keutamaan. Jangan bermegah dengan kemewahan atau perkara yang lagha/sia-sia.
Apa gunanya bangunan pencakar langit 100tingkat sekiranya ada ramai lagi anak-anak yang tidak bersekolah kerana ibubapa tidak mampu.Tidak mampu beli buku, beli pakaian, sediakan tambang bas.Tidak mampu membayar pelbagai yuran seperti untuk ko kurikulum, kelas komputer dll.Ibubapa yang sudah lemas dengan kesempitan hidup akan mengambil jalan mudah untuk meringan kebingungan dek tanggungan beban akan memilih untuk tidak mendaftarkan anak ke sekolah.
YB EXCO PENDIDIKAN SELANGOR berpandangan kerajaan khususnya kementerian pelajaran harus meletakkan target untuk mempastikan kerajaan pusat sama sekali tidak berkompromi tentang agihan bajet agar tahap/kualiti pendidikan tidak terjejas. Barang di ingat juga jangan kerana kerajaan BN berhabis berbelanja untuk pilihanraya maka segala peruntukan untuk rancangan makanan tambahan dan bantuan lain yang lain tidak disentuh untuk tujuan politik.Imbuhan untuk modal insan yang memerah keringat di sekolah perlu dipastikan mencukupi.Premis sekolah perlu di selenggara dengan baik supaya P&P boleh berlaku dalam persekitaran yang kondusif.
Di samping menekan aspek pembangunan fizikal beliau juga menekan perkara fundamental dalam pembangunan seseorang insan iaitu pembangunan elemen spiritual.Elemen ini menjadi kunci penentu kejayaan atau kehancurannya.Gabungan komposit spiritual,fizikal dan akal perlu disinergi pembangunannya dan apabila dikembangkan bersama modal emosi dan intelek dan kemahiran sosialnya melalui formula S.P.I.E.S insyaallah akan melahirkan modal insan yang berkesan dan berjaya dunia akhirat insyaallah.
Maka, sebab itulah JAWATANKUASA TETAP PEMBANGUNAN MODAL INSAN diperuntukkan RM10juta untuk tahun 2010 selain kerajaan negeri memperuntukkan RM16juta untuk bantuan fizikal SAR,SJKC dan SJKT.

Thursday, February 10, 2011

PAMPLET GENERASI IDAMAN SELANGOR (GeMS)


(Klik pada setiap gambar di atas untuk pembacaan yang lebih jelas)

Edaran Kempen Anti Zina akan diedar secara besar-besaran ke seluruh Selangor...

BAHAN KEMPEN YANG AKAN DIEDARKAN KEPADA
REMAJA DAN BELIA SEMPENA KEMPEN ANTI ZINA SIRI 3
HARI KEKASIH 14 Februari 2011

CEGAH SEBELUM PARAH...!!!!


**mencegah juga adalah lebih baik daripada mengubati...fikirlah...