I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 6, 2011

JELAJAH GEMS SIRI 1 : DAERAH SEPANG

LOKASI : Pantai Bagan Lalang
TARIKH : 9 Oktober 2010


Majlis Dialog GeMS bersama Pimpinan Masyarakat bersama YB Dr Hajah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Sebahagian Peserta Majlis Dialog GeMS bersama Pimpinan Masyarakat. Antaranya, Pegawai Pejabat Daerah Sepang, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Penghulu, JKKK, PeBT dan wakil-wakil NGO setempat.

Kanak-kanak tidak melepaskan peluang bergambar dengan Wardina, Personaliti TV
selepas menjadi ahli panel dalam slot Bicara Remaja.

Gambar kanan, kanak-kanak daripada Bagan Lalang menunjukkan bakat dalam pertandingan mewarna.

YB Dr Hajah Halimah Ali merasmikan program Jelajah GeMS Daerah Sepang dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan mewarna.

YB Dr Hajah Halimah Ali tidak melepaskan peluang melawat pameran unisel dan lain-lain agensi
di sekitar tapak program selepas merasmikan Jelajah GeMS Daerah Sepang.

Urusetia program melayan karenah kanak-kanak dalam mendapatkan cenderamata kenangan.
Datang lagi lain kali...

Acara Malam, slot Sembang Santai yang membincangkan isu remaja dan gejala sosial.
Dihoskan oleh Ustaz Ikhwan Afendi dan panel Ustaz Ansori @ Khairul Muin daripada
Pondok Bustanul Arifin, Sepang.

Antara penduduk kampung yang hadir menyaksikan Sembang Santai dan Konsert GeMS

Artis Renggo daripada kumpulan Arrow menyampaikan lagu bermesejkan ketuhanan bertajuk Esa.

Ustaz Akhwan Afendi berduet Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid TV9

Kumpulan nasyid kontemporari, Algebra mempersembahkan lagu yang rancak dan menyegarkan jiwa.

Monday, December 20, 2010

Asas pembentukan insan adalah pembangunan rohani


Punca utama gejala sosial yang menjalar liar di seluruh pelusuk dunia termasuk di negara umat Islam seperti Malaysia adalah kerana rohani yang sakit, jiwa yang gersang, hati yang kontang kerana telah dipinggirkan selama ini.
Hanya pembangunan segi jasad dan material yang ditekan dalam sistem pendidikan sekular.Maka tidak hairanlah roh yang tidak dibangun sama akan mengakibatkan insan itu tidak boleh berfungsi dengan efektif bahkan cenderung untuk menjadi insan liabiliti yang merugikan diri sendiri , keluarga, masyarakat dan negeri.
Justeru mana-mana pemerintah harus mengutamakan pembangunan insan hyang bersifat holistik dan sepadu dan akhirat-centric.

Saturday, December 18, 2010

Jelajah GeMS Siri 5 Daerah Petaling di Mydin USJ 1, Subang Jaya.

17 Dis, Jumaat, Shah Alam - Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) Daerah Petaling pd 26 Dis, Ahad, 9pg-11mlm (Konsep Karnival) di Mydin USJ 1, Subang Jaya.

Aktiviti: Dialog Generasi Idaman bersama YB Dr Hjh Halimah Ali dan pimpinan masyarakat, Bicara Remaja Bersama Personaliti TV, Pertandingan Bolasepak 7-Sebelah, Pertandingan Wall Climbing, Pertandingan Mewarna (Pra Sekolah), Pertandingan Bercerita (Sek Rendah), Bengkel & Pertandingan Fotografi Remaja, Persembahan Pentas dari pelbagai kaum, Pameran Agensi Kerajaan & Ngo's, Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA, Derma Darah, Motor Show, Daftar Pemilih SPR dan Konsert Amal serta Sembang Santai (Us Akhwan Afandy, Muadz, Akhil Hayy, Ramli Sarip).

Semua masyarakat adalah di jemput hadir dan menyertai acara yang telah di sediakan.

Saturday, November 6, 2010

PROGRAM GeMS semakin mendapat sambutan



Seksyen 18 SHAH ALAM
6/11/10

Kerajaan negeri Selangor meneruskan kempen Anti Zina dengan melibatkan NGO seperti NISA', Ahli Majlis MBSA Zon 6, BRIGED AMAL SELANGOR dll dalam program Sembang Santai yang selari dengan citarasa remaja/belia.

Tajuk 'CINTA@PAKAI BUANG, SYOK KE? yang bersifat sahaja menggamit ramai remaja belia lelaki dan perempuan.

Panelis forum terdiri daripada PAKAR PERBIDANAN yang terkenal DR HARLINA SIRAJ mengupas konsep sebenar cinta dan perbezaannya dengan cinta palsu. WARDINA SAFFIYAH pula menceritakan pengalaman mudanya. Mesej jelas daripada WARDINA: 'Sesiapa lelaki yang menyentuh wanita yang konon dicintainya sebenarnya tidak menghormati wanita itu dan TIDAK MENCINTAI wanita tersebut'. justeru wanita itu harus meninggalkan lelaki yang 'mahu pakai buang dirinya' .

Majlis dimuatkan juga dengan artis popular remaja AIZAT.

Majlis dirasmikan oleh YB DR HJH HALIMAH ALI sebagai EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR merangkap PENGERUSI GEMS SELANGOR.