I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 24, 2010

CITARASA ORANG MUDA


Jawatankuasa GeMS cuba menangani gejala rempit dengan langkah asas pertama iaitu mendekati golongan ini. Justeru, pertandingan motor tercantik dan demonstrasi menunggang motor cara berhemah dijadikan agenda GeMS KUALA SELANGOR dan berjaya menarik perhatian golongan REM-BEL (REMAJA-BELIA) ini.

Barulah program susulan boleh diatur bagi melentur mereka mengubah sikap ke arah yang lebih positif dan produktif.

Jawatankuasa GeMS juga berharap golongan muda ini akan terus bersama program-program GeMS di masa akan datang seterusnya mengajak lebih ramai lagi rakan-rakan mereka menyertai acara-acara yang di sediakan di dalam siri Jelajah GeMS akan datang.

Belajarlah walaupun daripada kanak-kanak



Selepas persembahan dari kanak-kanak sekolah, YB EXCO DR HJH HALIMAH ALI dan juga Tuan Hj Mohd Misri Pegawai Daerah Kuala Selangor turut 'belajar' memukul gendang cina bersama kanak-kanak tersebut. Ramai yang hadir tercuit hati melihat gelagat mereka belajar teknik memukul gendang cina dengan betul daripada kanak-kanak yang telah agak mahir itu.

KERAJAAN SELANGOR Bersifat Inklusif : Ambil kira kepelbagaian kaum



PROGRAM JELAJAH GeMS DAERAH KUALA SELANGOR



Roadshow GeMS Selangor diteruskan dengan destinasi kedua iaitu daerah Kuala Selangor.
Bermula 9.30 pagi di Dewan MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR dengan MAJLIS DIALOG YB EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor (GeMS) bersama Jawatankuasa GeMS DAERAH KUALA SELANGOR yang pengerusinya adalah PEGAWAI DAERAH KUALA SELANGOR. Turut bersama ialah YDP Majlis Daerah Kuala Selangor yang juga merupakan Timb Pengerusi GeMS DAERAH, Ketua Polis Daerah, Pegawai AADK, Pegawai Agama Islam Daerah, Penghulu, Ketua2 Kampung, Ahli-Ahli Majlis, NGO, pelajar dll. Manakala jam 10 pagi di KOLEJ INPENS, akan berlangsung bicara remaja.

Pertandingan mewarna, pertandingan bercerita untuk kanak-kanak di tempat letak TESCO, pertandingan memasak yang dimenangi oleh gadis2 yang mengemukakan resepi masak ikan keli dll.pertandingan bola keranjang, pertandingan futsal yg disertai 22 pasukan.

Pertandingan motor klasik tercantik yang disertai 200 peserta. Konvoi berbasikal, pameran PEMADAM, SEMUA PROGRAM DIBAWAH JAWATANKUASA TETAP PENDIDIKAN , PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN, TAWAS, INSPEN, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Daftar Pemilih Pilihanraya, Pameran Tenaga Kerja, Jabatan Agama Islam Selangor, MASKOT PERPUSTAKAAN SELANGOR iaitu Alif & Anis, NGO Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor, dll. Pendek kata segala yang berkaitan dengan remaja belia turut dipamerkan.

MAJLIS PERASMIAN di adakan pada pukul 3.30ptg di kawasan letak kenderaan Pasaraya TESCO dan dihadiri oleh PEGAWAI DAERAH, YDP MASJLIS DAERAH, KETUA POLIS DAERAH, KETUA-KETUA JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN, Pengurus Besar TESCO, Wakil-wakil KORPORAT, PENGHULU, AHLI-AHLI MAJLIS, JKKK, AJK MASJID, WAKIL KOMUNITI,I BUBAPA, pelanggan TESCO, PESERTA-PESERTA PERTANDINGAN.

Persembahan dari semua kaum, persembahan Dikir Barat India, persembahan gendang oleh pelajar-pelajar SJKC berdekatan, pertunjukan orang Jawa iaitu Gendang 7, selain daripada persembahan nasyid kumpulan MIRWANA .

Malam diseri dengan persembahan sembang santai yang mempunyai ciri-ciri relaks tetapi penuh pengajaran dan adab. Moderator ialah US. AHMAD SHUKRI YUSOF, personaliti TV9 serta persembahan dari Ustaz Akhwan Afandy (Motivator Yayasan Amal Malaysia), Penyanyi Renggo (bekas kumpulan Arrow), Penyanyi Muazd dan penampilan dari Ustaz Akhil Hayy.

Saturday, October 23, 2010

Roadshow GeMS di KUALA SELANGOR 24/10/10

Kerajaan Selangor meneruskan JELAJAH GeMS(GENERASI IDAMAN SELANGOR) melalui jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial dengan kerjasama J/K GeMS DAERAH KUALA SELANGOR di daerah Kuala Selangor pada 24/10/10. Program kedua setelah jelajah di SEPANG berjalan dengan lancar pada awal bulan Oktober yang lalu.

Program ini bakal dilancarkan oleh YB DR HJH HALIMAH ALI, EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN merangkap Pengerusi J/K INDUK MENANGANI GEJALA SOSIAL SELANGOR di TAPAK LETAK KERETA TESCO KUALA SELANGOR.

Di antara program SELAIN PERASMIAN: majlis dialog YB EXCO bersama JK GEMS dan pimpinan masyarakat termasuk JKKK/ AHLI MAJLIS/ AJK MASJID/ Ketua Komuniti/ PeBT. PERTANDINGAN MEWARNA/ BERCERITA/ BOLA KERANJANG/ SEMBANG SANTAI/ KONSERT/ PERTANDINGAN MEMASAK/ PARENTING SKILL/ MOTOR KLASIK TERCANTIK/ DEMO MENUNGGANG SECARA BERHEMAH, dll.

Semua dijemput hadir.
Masa: 8.30pg-11.30mlm
Tarikh: 24/10/10

Wednesday, September 22, 2010

Di mana pergi sifat kemanusiaan insan?!

Suspek utama kes Sosilawati dibawa semula ke firma guamanya

September 21, 2010

BANTING, 21 Sept – Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, sekali lagi dibawa ke pejabat firma guamannya di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Suspek berusia 41 tahun itu kemudian turut dibawa ke kunci air Kampung Sungai Lang di sini, kira-kira tiga kilometer dari pejabatnya, dipercayai bagi mencari petunjuk baru kes pembunuhan itu.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu itu dibawa oleh sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) pada pukul 2.25 petang dan 35 minit selepas itu, dua wanita dipercayai kakitangan peguam terbabit dilihat keluar dari pejabat berkenaan dengan memegang beberapa dokumen.

Pada pukul 3.05 petang, suspek dibawa keluar dari pejabatnya dan terus dibawa menaiki sebuah kereta polis.

Turut kelihatan seorang pegawai polis membawa keluar beberapa fail mengandungi dokumen dipercayai berkaitan dengan kes terbabit.

Sosilawati, 47, (gambar) pemandu peribadinya Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk peguam terbabit bagi membantu siasatan kes itu. Pada 14 September lepas, polis menggeledah pejabat suspek dan mengambil beberapa peralatan seperti CPU serta beberapa dokumen lain. – Bernama



Seperti biasa, apabila ada berita sensasi, maka gemparlah seluruh negara sekejap.Lebih-lebih apabila ia melibatkan figur yang agak terkemuka.apa tindakan rakyat untuk menegaskan BUDAYA NEGATIF INI TERTOLAK oleh masyarakat kita, KBUKAN BUDAYA KITA!!

Menitik air mata darahpun SAFIA HUMAIRAH tealh terkorban!

Pembunuh Syafiah Humaira Dihukum Mati

Wednesday, 22 September 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 22 Sept – Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil setelah didapati bersalah membunuh kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun, Syafiah Humaira Sahari, Februari lepas.

Memetik laporan Bernama, Hakim Datuk Mohtarudin Baki, membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Fazli Azri, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira yang merupakan anak teman wanitanya di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang, kali pada 6.30 petang, 25 Febuari lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom, manakala Mohd Fazli Azri diwakili peguam Gurbachan Singh.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 7 Jun lepas, mahkamah telah mendengar keterangan daripada 33 orang saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan.

source: selangorkini online