I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 6, 2011

Kempen Anti Zina Siri 2 - Malam Sambutan Tahun Baru 2011

Taklimat sebelum menggerakkan Kempen Anti Zina oleh YB Dr Hjh Halimah Ali merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor







Button Badge Kempen Generasi Idaman Anti Zina
yang diedarkan pada malam tersebut







Operasi di Sebuah Hotel di kawasan Sunway








Sebahagian Sukarelawan Kempen Anti Zina sempena Sambutan Malam Tahun Baru 2011






Kempen Anti Zina (Siri 2) yang dijalankan pada 31 Disember 2010 di seluruh Negeri Selangor. Ini membukti bahawa Kerajaan Negeri Selangor bersungguh-sungguh dalam menangani isu gejala sosial yang melanda segelintir masyarakat di Negeri Selangor.

Kempen Anti Zina Siri 2 anjuran EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor melalui Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor atau Generasi Idaman Selangor (GeMS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, RELA , Jabatan Imigresen, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO' s).

Kempen anti Zina pada kali ini mempunyai 2 fasa iaitu fasa pertama risalah mengenai zina diedarkan kepada masyarakat dan fasa ke-2 ialah melibatkan penguatkuasaan. Seramai 3000 anggota agensi dan jabatan kerajaan dan sukarelawan terlibat dalam menjayakan Kempen anti Zina Siri 2 di seluruh Selangor pada kali ini.

Dengan kerjasama yang diberikan, Pihak Kerajaan Negeri Selangor dibawah EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih.

Pihak Kerajaan Negeri Selangor di bawah EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan mengalu-alukan sukarelawan dalam menjayakan Kempen Anti Zina Siri Ke-3 yang akan diadakan dalam masa terdekat.



No comments:

Post a Comment