I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 20, 2010

Asas pembentukan insan adalah pembangunan rohani


Punca utama gejala sosial yang menjalar liar di seluruh pelusuk dunia termasuk di negara umat Islam seperti Malaysia adalah kerana rohani yang sakit, jiwa yang gersang, hati yang kontang kerana telah dipinggirkan selama ini.
Hanya pembangunan segi jasad dan material yang ditekan dalam sistem pendidikan sekular.Maka tidak hairanlah roh yang tidak dibangun sama akan mengakibatkan insan itu tidak boleh berfungsi dengan efektif bahkan cenderung untuk menjadi insan liabiliti yang merugikan diri sendiri , keluarga, masyarakat dan negeri.
Justeru mana-mana pemerintah harus mengutamakan pembangunan insan hyang bersifat holistik dan sepadu dan akhirat-centric.

Saturday, December 18, 2010

Jelajah GeMS Siri 5 Daerah Petaling di Mydin USJ 1, Subang Jaya.

17 Dis, Jumaat, Shah Alam - Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) Daerah Petaling pd 26 Dis, Ahad, 9pg-11mlm (Konsep Karnival) di Mydin USJ 1, Subang Jaya.

Aktiviti: Dialog Generasi Idaman bersama YB Dr Hjh Halimah Ali dan pimpinan masyarakat, Bicara Remaja Bersama Personaliti TV, Pertandingan Bolasepak 7-Sebelah, Pertandingan Wall Climbing, Pertandingan Mewarna (Pra Sekolah), Pertandingan Bercerita (Sek Rendah), Bengkel & Pertandingan Fotografi Remaja, Persembahan Pentas dari pelbagai kaum, Pameran Agensi Kerajaan & Ngo's, Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA, Derma Darah, Motor Show, Daftar Pemilih SPR dan Konsert Amal serta Sembang Santai (Us Akhwan Afandy, Muadz, Akhil Hayy, Ramli Sarip).

Semua masyarakat adalah di jemput hadir dan menyertai acara yang telah di sediakan.

Saturday, November 6, 2010

PROGRAM GeMS semakin mendapat sambutan



Seksyen 18 SHAH ALAM
6/11/10

Kerajaan negeri Selangor meneruskan kempen Anti Zina dengan melibatkan NGO seperti NISA', Ahli Majlis MBSA Zon 6, BRIGED AMAL SELANGOR dll dalam program Sembang Santai yang selari dengan citarasa remaja/belia.

Tajuk 'CINTA@PAKAI BUANG, SYOK KE? yang bersifat sahaja menggamit ramai remaja belia lelaki dan perempuan.

Panelis forum terdiri daripada PAKAR PERBIDANAN yang terkenal DR HARLINA SIRAJ mengupas konsep sebenar cinta dan perbezaannya dengan cinta palsu. WARDINA SAFFIYAH pula menceritakan pengalaman mudanya. Mesej jelas daripada WARDINA: 'Sesiapa lelaki yang menyentuh wanita yang konon dicintainya sebenarnya tidak menghormati wanita itu dan TIDAK MENCINTAI wanita tersebut'. justeru wanita itu harus meninggalkan lelaki yang 'mahu pakai buang dirinya' .

Majlis dimuatkan juga dengan artis popular remaja AIZAT.

Majlis dirasmikan oleh YB DR HJH HALIMAH ALI sebagai EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR merangkap PENGERUSI GEMS SELANGOR.

Sunday, October 24, 2010

CITARASA ORANG MUDA


Jawatankuasa GeMS cuba menangani gejala rempit dengan langkah asas pertama iaitu mendekati golongan ini. Justeru, pertandingan motor tercantik dan demonstrasi menunggang motor cara berhemah dijadikan agenda GeMS KUALA SELANGOR dan berjaya menarik perhatian golongan REM-BEL (REMAJA-BELIA) ini.

Barulah program susulan boleh diatur bagi melentur mereka mengubah sikap ke arah yang lebih positif dan produktif.

Jawatankuasa GeMS juga berharap golongan muda ini akan terus bersama program-program GeMS di masa akan datang seterusnya mengajak lebih ramai lagi rakan-rakan mereka menyertai acara-acara yang di sediakan di dalam siri Jelajah GeMS akan datang.

Belajarlah walaupun daripada kanak-kanak



Selepas persembahan dari kanak-kanak sekolah, YB EXCO DR HJH HALIMAH ALI dan juga Tuan Hj Mohd Misri Pegawai Daerah Kuala Selangor turut 'belajar' memukul gendang cina bersama kanak-kanak tersebut. Ramai yang hadir tercuit hati melihat gelagat mereka belajar teknik memukul gendang cina dengan betul daripada kanak-kanak yang telah agak mahir itu.

KERAJAAN SELANGOR Bersifat Inklusif : Ambil kira kepelbagaian kaum



PROGRAM JELAJAH GeMS DAERAH KUALA SELANGOR



Roadshow GeMS Selangor diteruskan dengan destinasi kedua iaitu daerah Kuala Selangor.
Bermula 9.30 pagi di Dewan MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR dengan MAJLIS DIALOG YB EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor (GeMS) bersama Jawatankuasa GeMS DAERAH KUALA SELANGOR yang pengerusinya adalah PEGAWAI DAERAH KUALA SELANGOR. Turut bersama ialah YDP Majlis Daerah Kuala Selangor yang juga merupakan Timb Pengerusi GeMS DAERAH, Ketua Polis Daerah, Pegawai AADK, Pegawai Agama Islam Daerah, Penghulu, Ketua2 Kampung, Ahli-Ahli Majlis, NGO, pelajar dll. Manakala jam 10 pagi di KOLEJ INPENS, akan berlangsung bicara remaja.

Pertandingan mewarna, pertandingan bercerita untuk kanak-kanak di tempat letak TESCO, pertandingan memasak yang dimenangi oleh gadis2 yang mengemukakan resepi masak ikan keli dll.pertandingan bola keranjang, pertandingan futsal yg disertai 22 pasukan.

Pertandingan motor klasik tercantik yang disertai 200 peserta. Konvoi berbasikal, pameran PEMADAM, SEMUA PROGRAM DIBAWAH JAWATANKUASA TETAP PENDIDIKAN , PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN, TAWAS, INSPEN, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Daftar Pemilih Pilihanraya, Pameran Tenaga Kerja, Jabatan Agama Islam Selangor, MASKOT PERPUSTAKAAN SELANGOR iaitu Alif & Anis, NGO Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor, dll. Pendek kata segala yang berkaitan dengan remaja belia turut dipamerkan.

MAJLIS PERASMIAN di adakan pada pukul 3.30ptg di kawasan letak kenderaan Pasaraya TESCO dan dihadiri oleh PEGAWAI DAERAH, YDP MASJLIS DAERAH, KETUA POLIS DAERAH, KETUA-KETUA JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN, Pengurus Besar TESCO, Wakil-wakil KORPORAT, PENGHULU, AHLI-AHLI MAJLIS, JKKK, AJK MASJID, WAKIL KOMUNITI,I BUBAPA, pelanggan TESCO, PESERTA-PESERTA PERTANDINGAN.

Persembahan dari semua kaum, persembahan Dikir Barat India, persembahan gendang oleh pelajar-pelajar SJKC berdekatan, pertunjukan orang Jawa iaitu Gendang 7, selain daripada persembahan nasyid kumpulan MIRWANA .

Malam diseri dengan persembahan sembang santai yang mempunyai ciri-ciri relaks tetapi penuh pengajaran dan adab. Moderator ialah US. AHMAD SHUKRI YUSOF, personaliti TV9 serta persembahan dari Ustaz Akhwan Afandy (Motivator Yayasan Amal Malaysia), Penyanyi Renggo (bekas kumpulan Arrow), Penyanyi Muazd dan penampilan dari Ustaz Akhil Hayy.

Saturday, October 23, 2010

Roadshow GeMS di KUALA SELANGOR 24/10/10

Kerajaan Selangor meneruskan JELAJAH GeMS(GENERASI IDAMAN SELANGOR) melalui jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial dengan kerjasama J/K GeMS DAERAH KUALA SELANGOR di daerah Kuala Selangor pada 24/10/10. Program kedua setelah jelajah di SEPANG berjalan dengan lancar pada awal bulan Oktober yang lalu.

Program ini bakal dilancarkan oleh YB DR HJH HALIMAH ALI, EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN merangkap Pengerusi J/K INDUK MENANGANI GEJALA SOSIAL SELANGOR di TAPAK LETAK KERETA TESCO KUALA SELANGOR.

Di antara program SELAIN PERASMIAN: majlis dialog YB EXCO bersama JK GEMS dan pimpinan masyarakat termasuk JKKK/ AHLI MAJLIS/ AJK MASJID/ Ketua Komuniti/ PeBT. PERTANDINGAN MEWARNA/ BERCERITA/ BOLA KERANJANG/ SEMBANG SANTAI/ KONSERT/ PERTANDINGAN MEMASAK/ PARENTING SKILL/ MOTOR KLASIK TERCANTIK/ DEMO MENUNGGANG SECARA BERHEMAH, dll.

Semua dijemput hadir.
Masa: 8.30pg-11.30mlm
Tarikh: 24/10/10

Wednesday, September 22, 2010

Di mana pergi sifat kemanusiaan insan?!

Suspek utama kes Sosilawati dibawa semula ke firma guamanya

September 21, 2010

BANTING, 21 Sept – Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, sekali lagi dibawa ke pejabat firma guamannya di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Suspek berusia 41 tahun itu kemudian turut dibawa ke kunci air Kampung Sungai Lang di sini, kira-kira tiga kilometer dari pejabatnya, dipercayai bagi mencari petunjuk baru kes pembunuhan itu.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu itu dibawa oleh sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) pada pukul 2.25 petang dan 35 minit selepas itu, dua wanita dipercayai kakitangan peguam terbabit dilihat keluar dari pejabat berkenaan dengan memegang beberapa dokumen.

Pada pukul 3.05 petang, suspek dibawa keluar dari pejabatnya dan terus dibawa menaiki sebuah kereta polis.

Turut kelihatan seorang pegawai polis membawa keluar beberapa fail mengandungi dokumen dipercayai berkaitan dengan kes terbabit.

Sosilawati, 47, (gambar) pemandu peribadinya Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk peguam terbabit bagi membantu siasatan kes itu. Pada 14 September lepas, polis menggeledah pejabat suspek dan mengambil beberapa peralatan seperti CPU serta beberapa dokumen lain. – Bernama



Seperti biasa, apabila ada berita sensasi, maka gemparlah seluruh negara sekejap.Lebih-lebih apabila ia melibatkan figur yang agak terkemuka.apa tindakan rakyat untuk menegaskan BUDAYA NEGATIF INI TERTOLAK oleh masyarakat kita, KBUKAN BUDAYA KITA!!

Menitik air mata darahpun SAFIA HUMAIRAH tealh terkorban!

Pembunuh Syafiah Humaira Dihukum Mati

Wednesday, 22 September 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 22 Sept – Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil setelah didapati bersalah membunuh kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun, Syafiah Humaira Sahari, Februari lepas.

Memetik laporan Bernama, Hakim Datuk Mohtarudin Baki, membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Fazli Azri, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira yang merupakan anak teman wanitanya di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang, kali pada 6.30 petang, 25 Febuari lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom, manakala Mohd Fazli Azri diwakili peguam Gurbachan Singh.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 7 Jun lepas, mahkamah telah mendengar keterangan daripada 33 orang saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan.

source: selangorkini online

Monday, July 26, 2010

Baitul Ehsan MAIS


Us Makhi daripada PUSAT PEMULIHAN AKHLAK WANITA BAITUL EHSAN SABAK BERNAM menyampai cenderamata untuk YB Dr Halimah semasa KARNIVAL GeMS.
Di antara penghuni pusat ini ialah anak-anak perempuan yang telah ditangkap oleh penguatkuasa JAIS dan disabit kesalahan oleh mahkamah di atas tuduhan maksiat dan kemungkaran dan diperintah menjalani proses pemulihan di sini. Ada juga yang dihantar oleh ibubapa atau datang sendiri.

Sunday, July 25, 2010

TAWAS dan program MES IKUT GeMS sekali!


ini maskot TAWAS( Tabung anak warisan Selangor) dalam majlis pelancaran

PERTANDINGAN FUTSAL DI KARNIVAL GeMS


BANYAK pasukan yang terlibat dalam pertandingan futsal lagi bagus, kerana ia jadi daya penarik kepada belia-belia yang mahu aktiviti outdoor yang lasak seperti ini

KARNIVAL GeMS:SABAK GOLF PUN ADA!

YB Dr Halimah terpaksa berhenti di satu khemah kerana ditahan oleh seorang anak berumur lebih kurang 9 tahun.Dia hulurkan sebatang kayu dan minta YB EXCO 'main golf'! Kali ke empat baru masuk lubang bola golf !! Semua sorak....

GeMS Pertandingan scooter tercantik


Tetuan scooter lama nampaknya sibuk kebelakangan ni. Ada scooter yang dah berkarat dicat semula.Ditambah gadget itu dan ini...ramai juga peserta pertandingan ni... Pegawai Daerah positif biasanya tuan punya scooter ni jaga scooter dia supaya tak rosak.Mereka tidak berperangai sepertri MAT REMPIT kerana takut scooter rosak.Susah cari spare part!

KARNIVAL GeMS


KARNIVAL GeMS SABAK


Peminat haiwan pun dilibatkan dalam program GeMS. Ada yang suka tengok ayam katek, cara menetaskan burung puyuh, itik belanda...macam macam ada. boleh tambah ilmu pengetahuan. Daripada terjebak dalam gejala sosial baik bela ayam...boleh makan telur atau daging dia

Briged Amal Selangor GEMS SABAK


Sukarelawan Briged Amal Selangor seronok bersama dalam majlis pelancaran.Inilah cara kita melibatkan remaja-remaja yang banyak tenaga dalam aktiviti yang positif dan menguntungkan diri,keluarga dan masyarakat

AKTIVITI KARNIVAL GeMS


EXPO ASKAR WATANIAH
Pegawai memberi keterangan kepada YB DR HALIMAH yang melawat booth

GeMS SABAK BERNAM libat semua pimpinan masyarakat setempat


Program penting dan 'berat' seperti usaha menangani gejala sosial harus dipikul oleh semua orang: berat sama dipikul, ringan sama dijinjing! Syabas dan tahniah kepada Tn Hj Marzuki Pegawai Daerah Sabak Daerah Sabak Bernam yang telah berjaya mengumpul watak-watak penting yang akan memikul amanah membanteras segala unsur kejahatan dan kebejatan sosial di daerah tersebut.
Tahniah juga kepada Azreen dan pembantunya daripada UNIT GEJALA SOSIAL, JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN SELANGOR yang telah berjaya mengembelengkan tenaga dan mengguna kreativiti untuk menyusun pelbagai program mengikut keperluan pelbagai kelompok spt wanita, kanak-kanak, remaj,belia ,peminat motor dsb

GeMS mula bertapak di DAERAH SABAK BERNAM


Alhamdulillah, dengan izin Ilahi, kempen kesedaran menangani gejala sosial secara tuntas dan perlu melibat semua kumpulan, semua komuniti tanpa mengira kaum,keturunan, bangsa dan agama telah berjaya dilaksanakan pada 24/7/10 di TUNGGAK 10 SABAK BERNAM. Program khas yang dirancang khusus untuk menangani gejala sosial di Selangor di jenamakan sebagai GeMS iaitu singkatan kepada GENERASI IDAMAN SELANGOR.
Dua projek perintis kerajaan negeri Selangor untuk 'test market' pendekatan penyelesaian tuntas' mengatasi masalah kronik gejala sosial.Yang pertama adalah di SABAK BERNAM khususnya terfokus kepada DESA KASIH MERBAU BERDARAH.
Alhamdulillah, pegawai daerah TN HJ MARZUKI HUSSIN yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa menangani gejala sosial peringkat daerah(GeMS) telah berjaya mengumpulkan ketua-ketua jabatan/agensi kerajaan yang diperlukan untuk sama-sama bersinergi mengatasi masalah.Semua hadir dalam majlis pelancaran yang sepatutnya dirasmikan oleh YAB DATO'MENTERI BESAR SELANGOR tetapi oleh kerana ada aral melintang YB DR HJH HALIMAH ALI selaku EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN menggantikan beliau.

Dalam ucapannya, YB DR HALIMAH telah menekankan peri pentingnya:
1) peranan pemimpin semua tahap daripada Pegawai Daerah/YDP/Ketua Jabatan dan seluruh kakitangan kerajaan; penghulu, ketua kampung dan JKKK, nazir masjid dan AJK, ketua komuniti;guru dan ibubapa, rakan sebaya, persatuan wanita dan belia
2) seluruh ahli masyarakat perlu mempunyai nilai hidup murni dan budaya hidup yang positif yang ternampak jelas oleh remaja/belia;
3)Iklim persekitaran yang sihat dan membina; ketua kampung, ketua komuniti, ahli majlis perlu mengenalpasti tempat-tempat yang berpotensi dan sudah pun dijadikan tempat pembiakan maksiat dan gejala sosial.
4)Jawatankuasa GeMS Daerah perlu ada pangkalan data mengenai demografi, taburan prasarana, taburan tempat maksiat dan segala data yang diperlukan untuk menggerakkan secara efektif pasukan pencegah maksiat dan gejala sosial serta kemudahan-kemudahan yang ada untuk merancang secara sistematik dan teratur program dan aktiviti konstruktif untuk menarik minat remaja/belia agar tenaga muda yang berlebihan boleh disalur kepada aktiviti yang membangun dan mengembangkan keinsanan mereka.
Paling penting,YB Dr Hjh Halimah mahu semua orang sedar mereka semua berperanan dan boleh menyumbang dengan cara sendiri dan lebih berkesan secara berkolaborasi untuk menangani gejala sosial. Tidak ada orang yang patut menuding jarin kepada orang lain.Semua tanpa mengira kefahaman politik/bangsa dan gama mesti berganding bahu.

Saturday, July 24, 2010

KARNIVAL & MAJLIS PELANCARAN GeMS PERINGKAT NEGERI SELANGOR



TUNGGAK 10 SABAK BERNAM
24/7/10 SABTU


YB Dr Hjh Halimah Ali , EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Peringkat Negri Selangor telah selamat menyempurnakan majlis pelancaran KARNIVAL DAN PROGRAM GENERASI IDAMAN SELANGOR(GeMS).
Turut serta YB DR AHMAD YUNUS HAIRI Pembantu Exco Pendidikan, HJ MARZUKI HUSIN PEGAWAI DAERAH SABAK BERNAM, TUAN ZAILANI YDP MAJLIS DAERAH SABAK, Penghulu-penghullu, JKKK, Ahli Majlis, wakil jabatan/agensi kerajaan, LEMBAGA ZAKAT SELANGOR/MAIS,Pejabat Kesihatan, Pejabat Kebajikan,PDRM, PAID, Nazir masjid, ketua komuniti, UNISEL/INPENS/KUIS/YAYASAN SELANGOR/ASKAR WATANIAH/BOMBA/YAWAS/BRIGED AMAL SELANGOR/PKNS/GALERI ILMU/PERKID/TV SELANGOR/PEMADAM/BAITUL EHSAN/AADK/JABATAN PERTAHANAN AWAM dll.
Pelbagai acara menarik untuk pelbagai golongan termasuk pertandingan scooter tercantik, memasak, futsal, sukaneka, bola jaring, pertandingan mewarna DAN melukis, explorace, pertandingan tradisional, forum, persembahan artis serta pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan serta anak syarikat.....dll

Monday, July 5, 2010

STRATEGI SUKSES GeMS


Pelan Tindakan untuk menangani gejala sosial negeri Selangor memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat: pembuat dasar,pelaksana dasar yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, golongan sistem sokongan seperti NGO/persatuan, masyarakat setempat.peer groups/rakan sebaya, pemantau/ pengkritik konstruktif, ibubapa/saudara mara.
Yang mempunyai kuasa menggunakan kuasa mengikut kemampuan dan bidangnya.
Pagi 5/7/10 saya membawa sekretariat GeMS melawat KETUA POLIS NEGERI SELANGOR di pejabatnya untuk berbicara secara serius kaedah berkesan menangani gejala sosial di KONTIJEN SHAH ALAM.Walaupun saya menaruh harapan yang begitu tinggi untuk menjayakan operasi mitigasi insan liabiliti di Selangor nampaknya dari sudut pihak polis hanya sebahagian sahaja yang relevan terus kepada mereka. Yang lain walaupun tidak menyenangkan penduduk bahkan mungkin memudaratkan orang lain dan dirinya sendiri seperti hidu gam, ponteng sekolah sebaliknya ke siber cafe,l lepak,berpoya-poya,minum arak, buat maksiat. ini bukan skop tugas polis. Ini tugas orang lain seperti ibubapa,PIBG dll.Prioriti mereka adalah untuk membanteras jenayah.
Namun, saya bersyukur kerana dapat berjumpa dengan DATUK KHALID KHALID ABU BAKAR,Ketua Polis dan telah pun berbincang pelbagai perkara secara umum dan mengenai projek perintis GeMS yang memerlukan komitmen semua pihak termasuk pihak polis.


Saturday, July 3, 2010

Banyak yang cakap siapa nak bikin?


Bayi lelaki dijumpai di atas daun pisang...bayi lelaki di atas kertas surat khabar. Sekarang bayi 'daun pisang' ini hidup lagi...di dalam ICU
Ibu berumur 18tahun tak berkahwin, tinggal di rumah ibu saudara.
Baru-baru ini juga IRENE FRENANDEZ daripada TENAGANITA memberitahu ada wanita yang dipaksa mengandung untuk menghasilkan anak.Anak itu akan dijual dengan harga mengikut cerah atau gelap kulitnya.
Adakah manusia semakin hilang harga diri sehingga boleh diperdagangkan?
Ramai yang marah tetapi berapa orang yang tekad mahu memberhentikan maksiat dan kemungkaran ini? SEMUA BERCAKAP DAN MEMBERI KOMEN. Siapa yang mara ke depan dan mahu menjadi sukarelawan membantu bersinergi berkolaborasi dengan pelbagai pihak yang berkaitan untuk benar-benar membanteras gejala sosial ini. Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan memerlukan ANDA!