I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 29, 2011

BILA MANUSIA MENJADI LEBIH DAHSYAT DARIPADA HAIWAN

Sekiranya manusia tidak menyedari hakikat diri sebenarnya maka manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan kerakusan nafsunya..Bila manusia tidak sedar bahawa dirinya adalah roh dalam jasad yang fizikal dan dibekalkan dengan kemampuan akal yang harus digunakan utnuk memenuhi keperluan kedua-dua roh dan jasad tersebut. Sekiranya keperluan jasad sahaja yang diutamakan dan diberi perhatian maka sakitlah rohnya. Spiritual yang tenat dan lumpuh itu akan menampakkan tindakan dan perbuatan seumpama haiwan yang berjasad manusia tetapi tidak berperikemanusiaan.
Di sinilah peranannya pimpinan negara dan negeri harus menggembeleng tenaga untuk merencanakan program pembangunan insan yang akan mempastikan manusia terbentuk menjadi manusia sejati sesuai dengan penciptaannya. Inilah yang mahu dicapai bagi melahirkan Generasi Idaman Selangor(GeMS) melalui model pembangunan modal insan S.P.I.E.S. yang mengintegrasikan pembangunan elemen spiritual(S), FIZIKAL(P), intelek(I), Emosi(E), Sosial(S). secara sepadu dan sinergi.

No comments:

Post a Comment