I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 9, 2011

JELAJAH GEMS SIRI 2 : DAERAH KUALA SELANGOR

LOKASI : Dataran Tesco Kuala Selangor
TARIKH : 24 Oktober 2010 (Ahad)




Program Jelajah GeMS Kuala Selangor dimulakan dengan pertandingan Street Soccer 5 sebelah dan juga Basketball 3 sebelah. Penyertaan adalah sangat menggalakkan daripada belia-belia tempatan.








Cuaca hujan renyai seketika pada sebelah pagi tidak merencatkan pertandingan Basketbal 3 sebelah.










Pertandingan memasak ala rancangan realiti pertandingan masterchef USA oleh beliawanis tempatan 25tahun kebawah. Tema masakan adalah masakan tradisional bertemakan ikan keli.









Antara hidangan masakan kampung yang telah berjaya disiapkan dan menyelerakan.










Kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan mewarna yang menjanjikan pelbagai hadiah dan hamper yang ditaja oleh peserta pameran GeMS sementara ibubapa pula mengisi slot "parenting" yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shukri, pengacara rancangan Halaqah TV9.








YB Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan melakukan sepakan sebagai perasmian pertandingan akhir Street Soccer GeMS.










Bergambar kenang-kenangan bersama kedua-dua pasukan yang bakal berentap dalam Perlawanan Akhir Street Soccer GeMS.









YB Dr Halimah Ali dibawa melawat tempat pameran Motosikal Klasik.











Antara koleksi peminat vespa klasik dalam pelbagai warna yang ceria dan masih dalam keadaan seperti baru.










Tidak terkecuali motosikal Honda 50cc yang dihias begitu cantik dan juga dipamerkan koleksi anugerah yang pernah diterima oleh pemiliknya.










Demonstrasi pemanduan cekap dan betul.
Remaja didedahkan dengan teknik brek kecemasan yang betul dan selamat. Demonstrasi dilakukan oleh ahli ARC (Alternative Rider Club).









Antara VVIP kehormat yang hadir, dari kanan ke kiri; YB Dr Ahmad Yunus bin Hairi (Pembantu Exco merangkap ADUN Sijangkang), YB Dr Hajah Halimah Ali (Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan), Tuan Hj Mohd Misri bin Hj Idris (Pegawai Daerah Kuala Selangor) dan Tuan Haris bin Kasim (YDP Majlis Daerah Kuala Selangor)







YB Dr Halimah Ali menyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna.











Majlis Perasmian Jelajah GeMS Kuala selangor juga diserikan dengan persembahan kumpulan Mirwana.











Pernahkah anda melihat persembahan Dikir Barat daripada kaum India dalam bahasa Tamil..inilah dia. Sangat menarik...












Kumpulan Marhaban oleh veteran...














Kumpulan Gendang Cina oleh pelajar SJKC bersiap sedia untuk membuat persembahan..











Forum Sembang Santai membariskan panel yang tidak asing dalam tanah air. Dihoskan oleh Ustaz Akhwan Affandi manakala panel terdiri daripada YB Dr. Dzulkifli, Ahli Parlimen Kuala Selangor; Ustaz Shukri penyampai rancangan Halaqah TV9; dan wakil Agensi Anti-Dadah Kebangsaan.










Sang ibu bersemangat memayungi anak-anaknya untuk menyaksikan Forum Sembang Santai dan konsert GeMS walaupun hujan renyai semasa program tengah berlangsung.

















Akil Hayy yang memberikan persembahan juga membuatkan penonton tidak kering gusi dengan jenaka bersahaja yang turut diselitkan nasihat berkenaan remaja dan gejala sosial.










Lagu "Stand Up Together" dan Palestin oleh Muadz Dzulkifli membangkitkan semangat hadirin dan penonton.










Penonton turut sama bersemangat dengan berdiri menyanyikan lagu "Stand Up Together". Sehinggakan pakcik berkopiah di depan sekali mengatakan beliau meremang bulu roma menyanyikan lagu tersebut dengan bersemangat!










Semua artis jemputan dan panelis forum Sembang Santai termasuk Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pegawai Daerah Kuala Selangor naik ke pentas untuk berselawat dan mengaminkan doa beramai-ramai.









Urusetia juga tidak melepaskan peluang bergambar dengan artis-artis selepas acara konsert GeMS berakhir.

No comments:

Post a Comment