I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 25, 2010

GeMS mula bertapak di DAERAH SABAK BERNAM


Alhamdulillah, dengan izin Ilahi, kempen kesedaran menangani gejala sosial secara tuntas dan perlu melibat semua kumpulan, semua komuniti tanpa mengira kaum,keturunan, bangsa dan agama telah berjaya dilaksanakan pada 24/7/10 di TUNGGAK 10 SABAK BERNAM. Program khas yang dirancang khusus untuk menangani gejala sosial di Selangor di jenamakan sebagai GeMS iaitu singkatan kepada GENERASI IDAMAN SELANGOR.
Dua projek perintis kerajaan negeri Selangor untuk 'test market' pendekatan penyelesaian tuntas' mengatasi masalah kronik gejala sosial.Yang pertama adalah di SABAK BERNAM khususnya terfokus kepada DESA KASIH MERBAU BERDARAH.
Alhamdulillah, pegawai daerah TN HJ MARZUKI HUSSIN yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa menangani gejala sosial peringkat daerah(GeMS) telah berjaya mengumpulkan ketua-ketua jabatan/agensi kerajaan yang diperlukan untuk sama-sama bersinergi mengatasi masalah.Semua hadir dalam majlis pelancaran yang sepatutnya dirasmikan oleh YAB DATO'MENTERI BESAR SELANGOR tetapi oleh kerana ada aral melintang YB DR HJH HALIMAH ALI selaku EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN menggantikan beliau.

Dalam ucapannya, YB DR HALIMAH telah menekankan peri pentingnya:
1) peranan pemimpin semua tahap daripada Pegawai Daerah/YDP/Ketua Jabatan dan seluruh kakitangan kerajaan; penghulu, ketua kampung dan JKKK, nazir masjid dan AJK, ketua komuniti;guru dan ibubapa, rakan sebaya, persatuan wanita dan belia
2) seluruh ahli masyarakat perlu mempunyai nilai hidup murni dan budaya hidup yang positif yang ternampak jelas oleh remaja/belia;
3)Iklim persekitaran yang sihat dan membina; ketua kampung, ketua komuniti, ahli majlis perlu mengenalpasti tempat-tempat yang berpotensi dan sudah pun dijadikan tempat pembiakan maksiat dan gejala sosial.
4)Jawatankuasa GeMS Daerah perlu ada pangkalan data mengenai demografi, taburan prasarana, taburan tempat maksiat dan segala data yang diperlukan untuk menggerakkan secara efektif pasukan pencegah maksiat dan gejala sosial serta kemudahan-kemudahan yang ada untuk merancang secara sistematik dan teratur program dan aktiviti konstruktif untuk menarik minat remaja/belia agar tenaga muda yang berlebihan boleh disalur kepada aktiviti yang membangun dan mengembangkan keinsanan mereka.
Paling penting,YB Dr Hjh Halimah mahu semua orang sedar mereka semua berperanan dan boleh menyumbang dengan cara sendiri dan lebih berkesan secara berkolaborasi untuk menangani gejala sosial. Tidak ada orang yang patut menuding jarin kepada orang lain.Semua tanpa mengira kefahaman politik/bangsa dan gama mesti berganding bahu.

No comments:

Post a Comment