Pembunuh Syafiah Humaira Dihukum Mati
Wednesday, 22 September 2010 | Ruangan: BeritaSHAH ALAM, 22 Sept – Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil setelah didapati bersalah membunuh kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun, Syafiah Humaira Sahari, Februari lepas.
Memetik laporan Bernama, Hakim Datuk Mohtarudin Baki, membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mohd Fazli Azri, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira yang merupakan anak teman wanitanya di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang, kali pada 6.30 petang, 25 Febuari lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom, manakala Mohd Fazli Azri diwakili peguam Gurbachan Singh.
Sepanjang perbicaraan yang bermula 7 Jun lepas, mahkamah telah mendengar keterangan daripada 33 orang saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan.
source: selangorkini online
Saya berharap semua rakyat Selangor khususnya, dan rakyat Malaysia amnya mengambil iktibar daripada kejadian tragis ini.Masalah sosial yang timbul daripada meminggirkan sistem sosial Islam menatijahkan maksiat dan kemungkaran yang membarah dan mendesak seseorang bertindak kejam di luar kawalan. Kembalilah kepada ISLAM.Membangunlah bersama ISLAM!
ReplyDelete