15,000 Rai 44 Pasangan Raja Sehari
Ismail Hashim (harakahdaily, 27 Mac 2011) |
KLANG, 26 Mac: Majlis Perkahwinan Perdana yang diadakan di Masjid Nurul Iman, Kampung Delek, dekat sini hari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kejayaan 44 pasangan menjadi Raja Sehari. Kehadiran tetamu sekitar 15,000 orang dari berbagai golongan masyarakat termasuk bukan Islam memeriahkan lagi suasana majlis. Penaung program, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Hajah Halimah Ali dan Exco Agama negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali turut hadir. Selain itu, ramai kalangan pimpinan hadir termasuk pegawai kerajaan mewakili berbagai agensi yang turut memberikan kerjasama dalam menjayakan program. Dalam ucapan aluannya. Dr Halimah berkata, dengan tema Perkahwinan Menjana Mawaddah diharapkan lahirlah golongan masyarakat yang dapat bangunkan komuniti menjadi lebih berjaya. Sebelum majlis akad nikah dilangsungkan, khutbah nikah disampaikan oleh Dr Hasan. Setelah itu, seramai lapan kadi yang dilantik JAIS menjalankan tugas mereka menikahkan kesemua pasangan dalam masa sekitar satu jam. Menurut salah seorang jawatankuasa program, Haji Jamuliddin Elias, dengan kejayaan penganjuran kali ini menambahkan semangat mereka untuk menjadikan program itu sebagai acara tahunan. "Kita merancang program yang lebih meriah dengan jumlah penyertaan lebih ramai pasangan di masa akan datang. "Kita memberikan banyak kemudahan kepada semua pasangan terbabit termasuk pakaian pengantin kecuali mahar yang mereka usahakan sendiri. "Meskipun kita membelanjakan sekitar RM100 ribu untuk program hari, namun sumbangan menjayakan tema Perkahwinan Menjana Mawaddah lebih diutamakan," tegasnya. Jamuliddin berkata, walaupun mereka terbabit dari seluruh Selangor tetapi majoritinya datang dari Daerah Klang. Katanya, jika sebelum ini, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Perlis pernah mengadakan program sama sebelum ini, kini Selangor menjadi negeri keempat berbuat demikian. Ketika ditemui, pasangan yang terlibat mengucapkan rasa syukur tidak terhingga ke Hadrat Allah SWT kerana dapat bersama melangsungkan perkahwinan secara bersama pada hari ini. Aminuddin Sohar, 20, dan isterinya, Nurul Hidayah Shahar, 26, mengucapkan terima kasih kepada pihak Masjid Nurul Amin, Kerajaan Negeri, JAIS dan semua agensi terlibat. Mereka berdua bertambah gembira kerana lokasi tempat berlangsungnya program, Masjid Nurul Amin adalah kombinasi nama mereka berdua. Pasangan veteran, Zakaria Ismail, 64, dan Mariah Baharum, 48, pula tidak menjangka perkenalan sekitar empat bulan lalu dapat sama bersama dalam majlis hari ini. "Kami bersyukur kerana dalam masa kurang setahun menduda dan keseorangan, dapat bersama menjadi pengantin kali kedua," ujar Zakaria sambil tersenyum ke arah isteri tersayang. Majlis jamuan berlangsung sehingga jam 5 petang yang dilayani oleh petugas-petugas yang dilantik termasuk Briged Amal. Sebelah malam, satu forum berkaitan pernikahan diadakan dengan panelisnya Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor dan artis yang baharu sertai PAS, Bob Lokman. http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31535%3A15000-rai-44-pasangan-raja-sehari&catid=1%3Autama&Itemid=50Mempelai OKU, Waga emas Dirai (Sinar Harian, 27 Mac 2011) KLANG –Mempelai orang kurang upaya (OKU) dan warga emas menjadi antara 44 pasangan pengantin yang diijabkabulkan dan diraikan dalam majlis khas, Majlis Perkahwinan Perdana 2011 di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek, dekat sini, semalam. Pengantin lelaki, Bonia Benawar, 30 dan Siti Salbiah Mahmud, 24 merupakan pasangan OKU yang diraikan di majlis itu melahirkan kesyukuran kerana majlis tersebut merealisasikan impian mereka untuk hidup bersama selepas berkenalan sejak dua tahun lalu. Jurubahasa memaklumkan, Bonia dan Siti Salbiah berkenalan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan hubungan mereka direstui oleh kedua-dua keluarga. “Alhamdulillah, kami selamat menjadi suami isteri dan akan tinggal di Klang kerana saya bekerja sebagai pengimpal besi manakala Salbiah merupakan suri rumah. “Saya akan membahagiakannya dan berharap akan dikurniakan anak yang soleh dan solehah,” katanya. Bonia berkata, majlis tersebut amat bererti kepadanya dan isteri kerana diraikan oleh Kerajaan Selangor dan dihadiri beberapa pemimpin negeri. Bagi pasangan warga emas, Mohd Zakaria Ismail, 64 berkata, penyertaannya dalam majlis itu adalah untuk memecah tradisi kerana selalunya perkahwinan beramai-ramai disertai mereka pada usia pertengahan. “Walaupun ini merupakan perkahwinan kedua saya, saya ingin menyertai majlis ini kerana ia dibuat bersama-sama peserta-peserta yang kebanyakan belia sekali gus saya ingin melakar sejarah tersendiri dalam hidup saya. “Penyertaan ini memberikan kemudahan kepada dan menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri mengelakkan maksiat dan masalah sosial,” katanya. Menurutnya, isterinya, Mariah Baharom, 48, yang dikenalinya sejak empat bulan lalu juga ingin bersama-sama dalam majlis itu kerana ia merupakan majlis. Majlis tersebut anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui program Generasi Idaman Selangor (GeMS) bertemakan Perkahwinan Menjana Mawadah dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dengan kerjasama pelbagai agensi. Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat- adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Ali. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail. Setiap pasangan pengantin sama cantik dan berseri berbaju kurung tradisional warna putih sedondon bersamping bagi lelaki manakala pengantin perempuan tambah manis dengan tudung yang dipadan ‘veil’ keemasan. Sebahagian daripada pasangan itu dinikahkan semalam dan sebahagian yang lain telah bergelar suami isteri sejak awal bulan lalu dan mereka diberikan sepersalinan baju pengantin dan sijil penyertaan. Bagi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat- adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Hassan Mohd Ali dalam khutbah nikah menasihatkan pengantin untuk berkasih sayang di antara satu sama lain tanpa mengabaikan taat kepada suruhan Allah dan mengamalkan cara Rasulullah dalam meneruskan kehidupan sebagai suami isteri. “Kerajaan Negeri bercadang akan mengadakan program sebegini di peringkat daerah untuk berdakwah dan menyampaikan mesej perkahwinan, falsafah untuk merealisasikan pembangunan umat Nabi Muhammad,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali, berkata, majlis itu merupakan yang pertama kali diadakan dan ia akan dijadikan acara tradisi negeri ini. “Majlis ini dilihat sebagai inisiatif kerajaan negeri untuk mengekang masalah sosial dan ia merupakan sau publisiti serta dorongan bagi menambahkan keinginan belia Islam untuk membina rumah tangga dan menjalani kehidupan berkeluarga yang sejajar dengan tuntutan Islam. “Ia juga untuk memudahkan pasangan pengantin yang kurang berkemampuan dan sebagai usaha mengimarahkan masjid yang bukan sahaja untuk melakukan ibadat,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/selangor/content/story8909641.asp |
salam, saya ingin bertanya, adakah kerajaan selangor akan mengadakan program seperti ini untuk tahun ini?saya ingin daftarkan nama saya untuk join program ini..
ReplyDeletebila nk buat program ni lg ea..sy nk register jgk...
ReplyDeleteHAPPY NEW YEAR HAPPY NEW YEAR HAPPY NEW YEAR
ReplyDeleteDARI-rossastanleyloancompany
Apakah Anda memerlukan kredit yang mendesak?
* Sangat Cepat dan Transfer Instan ke rekening bank anda
* Biaya kembali di bulan setelah Anda mendapatkan pinjaman Anda di bank Anda
akun bank
* Tingkat bunga rendah 2%
* Long term payback (1-20) Long
* Pinjaman fleksibel dan gaji bulanan
*. Berapa lama waktu yang dibutuhkan untuk membiayai? Setelah mengajukan pinjaman
Anda mungkin mengharapkan jawaban awal kurang dari 24 jam
pembiayaan dalam 48Hours setelah menerima informasi yang mereka butuhkan
dari kru Pada perusahaan pinjaman ROSSA STANLEY, kami adalah perusahaan pembiayaan yang berpengalaman yang memberikan kemudahan pinjaman gratis kepada individu-individu yang berpikiran tulus, serius, perusahaan, badan hukum dan masyarakat umum dengan tingkat bunga 2%. Kami memiliki akses ke kumpulan uang tunai untuk diberikan kepada perusahaan dan mereka yang memiliki rencana untuk memulai bisnis tidak peduli seberapa kecil atau besarnya, kami memiliki uang tunai. Yakinlah bahwa kesejahteraan dan kenyamanan Anda adalah prioritas utama kami, mengapa kami berada di sini untuk mengurus pemrosesan pinjaman Anda.
Hubungi perusahaan pinjaman yang sah dan dapat dipercaya dengan rekam jejak pelayanan yang memberikan kebebasan finansial kepada negara-negara bersatu (PBB).
Untuk informasi lebih lanjut dan pinjaman yang meminta untuk mendirikan bisnis Anda, belilah rumah, beli mobil, liburan, hubungi kami via,
E-mail resmi: rossastanleyloancompany@gmail.com
Viber resmi: +15186756750
Instagram resmi: Rossamikefavor
Twitter resmi: Rossastanlyloan
Official Facebook: rossa stanley favor
untuk respon cepat dan cepat ....
Mohon mengisi formulir aplikasi di bawah ini dan kami akan menghubungi Anda lagi, Kami tersedia 24/7
DATA PEMOHON
1) Nama Lengkap:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Jenis Kelamin:
5) Status Perkawinan:
6) Pekerjaan:
7) Nomor Telepon:
8) posisi saat ini di tempat kerja:
9) Penghasilan Bulanan:
10) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
11) Durasi Pinjaman:
12) nama facebook:
13) nomor Whatsapp:
14) Agama:
15) Tanggal lahir:
16) Nomor Viber
SALAM,
Mrs.Rossa Stanley Favor
ROSSASTANLEYLOANCOMPANY
Email rossastanleyloancompany@gmail.com
Selamat siang Pak / Ibu
ReplyDeleteKami menyambut Anda ke PERUSAHAAN PINJAMAN ELIZEBETH ISAAC, tempat kami memberikan pinjaman asli dan serius seperti:
LAYANAN PINJAMAN TERSEDIA TERMASUK:
================================
* Pinjaman Komersial.
*Pinjaman pribadi.
* Pinjaman Bisnis.
* Pinjaman Investasi.
* Pinjaman Pembangunan.
* Pinjaman Akuisisi.
* Pinjaman konstruksi.
* Pinjaman Kartu Kredit
* Pinjaman Konsolidasi Utang
* Pinjaman Bisnis dan banyak lagi:
Kami memberikan pinjaman dengan tingkat bunga 2% tanpa agunan yang diperlukan, jadi kami dapat mengatakan bahwa kami memberikan PINJAMAN TANPA KERJA, Anda tidak perlu merasa buruk atau kecewa dengan bank yang meminta jaminan, cukup hubungi kami dengan mengirim email kepada kami di:
elizebethisaac@gmail.com
Terima kasih
kami menunggu untuk mendengar dari Anda segera