I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 23, 2011

MAJLIS DIALOG GENERASI IDAMAN SELANGOR MENCARI KESEPAKATAN PIMPINAN MASYARAKAT

Satu majlis dialog telah diadakan di Pejabat Daerah Kuala Langat oleh Yang Berhormat Dr. Hajah Halimah Ali bersama ketua jabatan-jabatan kerajaan dan agensi penguatkuasaan daerah beserta pimpinan masyarakat seperti penghulu dan jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK).

Majlis Dialog ini bertujuan untuk membincangkan secara menyeluruh dan holistik berkenaan masalah gejala sosial yang terdapat di dalam daerah Kuala Langat.

Jabatan kerajaan dan agensi penguatkuasaan yang terlibat adalah seperti Pejaba Daerah Kuala Langat, Majlis Daerah Kuala Langat, Polis Di-Raja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan Daerah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuala Langat, Pejabat Agama Islam Daerah, Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Daerah.

Penglibatan jabatan kerajaan dan agensi penguatkuasaan yang dipanggil untuk duduk bersama supaya interaksi dua hala dapat dimanfaatkan dengan berkesan oleh semua pihak dalam menjayakan agenda kerajaan negeri dalam mengurangkan kadar gejala sosial di dalam daerah Kuala Langat.

Pimpinan masyarakat dapat mengajukan masalah anak muda yang berlaku di dalam kawasan masing-masing dan memperoleh input bagaimana pencegahan dan penguatkuasaan dapat dilakukan secara bersama.

Dr Halimah dalam ucapannya menegaskan, Kerajaan Negeri Selangor begitu komited dan mengambil serius soal gejala sosial muda mudi di negeri Selangor, walaupun Ketua Polis Negeri dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini menyatakan kadar jenayah di Selangor menunjukkan penurunan akan tetapi ia perlu sentiasa dipantau secara berterusan oleh semua lapisan pimpinan masyarakat.

No comments:

Post a Comment