I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 31, 2011

PERPUSTAKAAN KOMUNITI DIBUKA BERSEBELAHAN PUSAT SEHENTI GEMS SERI PERANTAU

Pelabuhan Klang - Sebuah lagi perpustakaan komuniti telah dibuka bersebelahan projek perintis Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Selangor iaitu Pusat Sehenti Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang beroperasi sebagai pusat aduan masalah sosial setempat.

Selain itu, ia berfungsi sebagai pusat penerangan kerajaan negeri dan rujukan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Pengajian IPT RM 1,000.00 (HPIPT) dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Ia bertitik tolak daripada idea YB Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuwan, Hub Pendidikan.

Pembukaan Perpustakaan Komuniti Seri Perantau bertujuan mewujudkan suasana ilmu di kalangan penduduk Pangsapuri Seri Perantau terutama kanak-kanak dan remaja, membolehkan mereka membuat rujukan dan percambahan pengetahuan dalam pelbagai cabang ilmu.

Kepentingan ilmu diambil cakna oleh YB Dr Halimah Ali untuk melahirkan seramai mungkin rakyat Selangor yang berpengetahuan melalui pembukaan perpustakaan komuniti ini.

Majlis perasmian Perpustakaan Komuniti Seri Perantau yang dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali petang semalam turut dihadiri Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Puan Hajjah Mastura binti Mohammad.

Antara kemudahan yang terdapat di perpustakaan komuniti ini selain bahan bacaan ialah internet tanpa wayar (wifi), set komputer, bilik bacaan dan aktiviti kanak-kanak serta set kerusi meja berbumbung di luar perpustakaan tersebut menjadikan perpustakaan sebagai tempat yang santai untuk menarik remaja dan belia sesuai dengan tema Perpustakaan adalah Rumah Keduaku.



No comments:

Post a Comment