Bismilahhir rahman nirrahiim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Kerajaan Negeri Selangor melihat seluruh rakyat sebagai aset yang tidak ternilai harganya, bak mutiara. Justeru, kerajaan mahu mempastikan mutiara-mutiara yang bertabur di seluruh Selangor digilap agar bersinar dan mampu menyinari orang dan alam sekeliling. Inilah falsafah pendekatan menangani gejala sosial Selangor yang dikenali sebagai program GeMS(Generasi Idaman Selangor). GeMS akan menggunakan pendekatan holistik yang bercirikan kolaborasi bersinergi semua jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan termasuk AADK/PDRM, NGO, persatuan wanita, persatuan belia, persatuan pesara, PIBG, Ketua kampung/ketua komuniti, dan pelbagai seperti pusat perlindungan wanita, Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor/IPT, Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam (MAPPIS),Lembaga zakat Selangor,JAIS,Jabatan Kebajikan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen,RELA,Briged Amal Selangor, jawatankuasa tetap pelbagai EXCO dll.
Dengan kerja berpasukan yang mantap dan 'shared vision' untuk berjaya, barulah masalah-masalah kronik yang melanda masyarakat seperti gejala sosial dan jenayah mampu dibanteraskan insyaallah. Semua ahli masyarakat daripada pimpinan hinggalah kepada guru-guru dan ibubapa mesti memainkan peranan untuk tujuan ini.
No comments:
Post a Comment